Jangan lupa untuk saksikan telefilem Susu Lima Kupang yang akan bersiaran pada 19 Julai 2025, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Sisi tayangan naskah dibawah projek Khas TV3, Dari Layar Ke Lensa diteruskan lagi. Jika sebelum ini kita dah tengok karya Siti Saleha dan Fattah Amin. Kali ini daripada pelakon berbakat, Janna Nick pula.
BACA JUGA :
Tayangan : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 19 Julai 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah
Pengarah : Janna Nick
Produksi : Anomalous Films
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Aiman Badrul, Trisha Ooi, Farah Ahman, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Susu Lima Kupang
Telefilem Susu Lima Kupang mengisahkan tentang Zakaria, seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang menjalani kehidupan serba kekurangan bersama ibunya yang autistik dan neneknya.
Sering menjadi mangsa buli kerana ketiadaan ayah dan hidup dalam keadaan terpencil, Zakaria menemui ketenangan melalui persahabatannya dengan seekor kambing bunting yang dinamakan Maryam.
Namun, apabila Maryam secara tidak sengaja merosakkan radio kesayangan ibunya hingga menimbulkan gangguan emosi, Zakaria tekad mencari cara untuk menggantikannya.
Dari situ tercetuslah ideanya untuk menjual susu kambing, sebagai lambang kasih sayang dan harapan seorang anak kecil yang hanya mahu melihat senyuman kembali terukir di wajah ibunya.













1 thought on “Telefilem Susu Lima Kupang Di TV3”