Jangan lupa saksikan telefilem Rentak Dua Hati yang akan menemui penonton pada 5 Julai 2025, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Boleh juga strim secara online di Tonton.
Jika sebelum ini, kita biasa lihat Siti Saleha berada dihadapan kamera sebagai pelakon. Menerusi karya ini, buat pertama kali beliau akan duduk di kerusi sebagai pengarah dibawah projek khas Dari Layar ke Lensa.
Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 5 Julai 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Fairul Nizam & Fatin Amirah
Pengarah : Siti Saleha
Produksi : Anomalous Films

Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Auni Yusri, Zhen Ning, Khatijah Tan, Taqim Zaki, Eff Hakim, Douglas Wong, Hilmi Zerain, Samantha Poh dan ramai lagi.
- Auni Yusri sebagai Adila
- Zhen Ning sebagai Fabian
- Khatijah Tan sebagai Nek
Sinopsis Telefilem Rentak Dua Hati
Telefilem Rentak Dua Hati mengisahkan Adila iaitu seorang peguam sivil junior yang menjalani kehidupan sebagai DJ malam secara tertutup. Perkenalannya dengan Fabian, seorang lelaki berbangsa Cina, membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Namun segalanya berubah apabila identitinya terbongkar oleh kakak Fabian yang tidak merestui hubungan mereka. Dihimpit kecaman netizen dan tekanan keluarga, Adila berdepan dilema antara prinsip, cinta serta minatnya, dan harus membuat keputusan untuk masa depannya.













3 thoughts on “Telefilem Rentak Dua Hati Di TV3”