Jangan lupa saksikan telefilem Rahsia Shaliza yang akan menemui penonton semula pada 21 November 2025. Bersiaran pada hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 dan secara online di Tonton.
Telefilem pada asalnya ditayangkan pada tahun 2010 ini merupakan arahan Haris Kadir, nukilan skrip daripada Nassaruddin dan diterbitkan oleh Asia Best Communication Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2010
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 21 November 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Cerita Asal : Aishah Yuhaniz
Penulis Skrip : Nassarudin Abd Razif@Ramli
Pengarah : Haris Kadir
Produksi : Asia Best Communication Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang membintangi telefilem ini ialah Fasha Sandha, Azhar Sulaiman, Arash Mohd, Hafizuddin Fazil, Rebecca Nur Islam, Efa Nareesha dan ramai lagi.
- Fasha Sandha sebagai Shaliza
- Azhar Sulaiman sebagai Hisham
- Rabecca Nur Islam sebagai Suchitra
- Hafidzudin Fazil sebagai Ustaz Hamdi
- Arash Mohamad sebagai Hafizi
- Efa Nareesha sebagai Mira
- Syean sebagai Insp. Malik
Sinopsis Telefilem Rahsia Shaliza
Telefilem Rahsia Shaliza bermula dengan keadaan dan suasana pejabat GG Holding Sdn. Bhd. yang gempar apabila Hisham tiba-tiba menengking Shaliza, sesuatu yang langsung tidak mencerminkan sifatnya yang sebelum ini dikenal sebagai lelaki berperwatakan lembut, warak dan berwibawa.
Tanpa memberi peluang kepada Shaliza untuk menjelaskan apa-apa, Hisham mengambil tindakan drastik dengan memecatnya dalam tempoh notis 24 jam atas tuduhan kecuaian yang kononnya menyebabkan kerugian syarikat.
Tanpa membantah, Shaliza menerima pemecatan itu dan menggunakan wang simpanannya untuk membayar ganti rugi.
Para pekerja lain mula mempercayai tuduhan tersebut dan menganggap Shaliza hanya berpura-pura baik dari luar, sedangkan hakikatnya tidak boleh dipercayai.
Namun, Suchitra merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan tekad mencari jawapan sebenar di sebalik kejadian itu.
Shaliza kemudian pulang ke kampung untuk menenangkan diri, tetapi berita mengenai pemecatannya cepat tersebar.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila Hisham, yang juga berasal dari kampung yang sama, menabur fitnah bahawa Shaliza telah pecah amanah dan mempunyai hubungan terlarang dengan suami orang.
Mira, isteri Hisham, turut kecewa dan sedih mendengar gosip berkenaan. Persoalan besar pun timbul, apakah punca sebenar sehingga Hisham menyimpan kebencian begitu mendalam terhadap Shaliza?












