Telefilem Pencuri Rumah Imam Di TV3

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
Pencuri Rumah Imam

Saksikan telefilem Pencuri Rumah Imam yang akan menemui penonton pada 26 Julai 2025, hari Sabtu menerusi slot Cerekarama di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem ini merupakan arahan pertama Zahiril Adzim yang juga merupakan siri projek khas TV3, Dari Layar Ke Lensa. Melibatkan 4 pengarah termasuk Janna Nick, Siti Saleha dan Fattah Amin.

Tayangan : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 26 Julai 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Fairuz Nizam Ablah & Arash Mohd Rafi
Pengarah : Zahiril Adzim
Produksi : Anomalous Films

Pencuri Rumah Imam

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fikry Ibrahim, Shiqin Kamal, Razak Ahmad, Zahiril Adzim, Ahmad Jebat, Adeeb Zafran, Affiq Haiqal dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Adli
  • Shiqin Kamal sebagai Khadijah
  • Razak Ahmad sebagai Tok Imam Saleh

Sinopsis Telefilem Pencuri Rumah Imam

Telefilem Pencuri Rumah Imam mengisahkan tentang Adli, seorang pencuri yang menyamar sebagai orang kaya demi melarikan diri daripada pihak berkuasa. Dia berjaya mendapatkan kepercayaan Tok Imam Saleh dengan mendakwa ingin mendalami agama.

Namun begitu, anak Tok Imam, Khadijah mula meragui keikhlasan Adli, lalu menimbulkan konflik serta persoalan mengenai identiti sebenar dirinya.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment