Jangan lupa saksikan telefilem Noktah Dosa yang akan menemui penonton pada 12 Julai 2025, hari Sabtu menerusi slot Cerekarama di TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Jika pada minggu sudah, kita telah saksikan hasil karya daripada Siti Saleha menerusi Rentak Dua Hati, kini giliran Fattah Amin pula mengetengahkan karya beliau dalam siri projek Dari Layar Ke Lensa.
Tayangan : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 12 Julai 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah & Fatin Amirah Syazwani
Pengarah : Fattah Amin
Produksi : Ano Films

Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Nafiz Muaz, Elvina Mohamad, Jasmin Hamid, Fattah Amin, Muhamad Khamil, Syed Muhazam, Hanisatul Aini, Rafiqah Aini dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nafiz Muaz sebagai Hafiz
- Elvina sebagai Kamelia
- Jasmin Hamid sebagai Madam
Sinopsis Telefilem Noktah Dosa
Drama Noktah Dosa mengisahkan Hafiz iaitu seorang pelajar pascasiswazah sosiologi yang sedang membuat kajian tentang dunia pelacuran. Penyelidikannya membawanya ke lorong gelap ibu kota, di mana dia bertemu Kamelia iaitu seorang wanita yang terjebak dalam dunia itu bukan kerana pilihan.
Tersentuh dengan latar hidup Kamelia dan penderitaan yang disembunyikan di sebalik wajah tenangnya, Hafiz mula berusaha untuk membantunya keluar dari cengkaman Madam iaitu figura pengendali sindiket yang dikawal penuh oleh watak garang.
Namun, jalan menuju perubahan tidak semudah yang dibayangkan. Kamelia harus berdepan dengan trauma, rasa malu, dan ketakutan yang membelenggunya selama ini. Mampukah dia menemui jalan pulang? Dan sejauh mana masyarakat bersedia menerima seseorang yang pernah berada di titik paling gelap hidupnya?











