Saksikan telefilem Misi Penculikan Cinta yang akan menemui penonton semula pada 2 Januari 2026. Bersiaran pada hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan Padi Pictures Sdn. Bhd. Merupakan karya arahan Amor Rizan.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 2 Januari 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina, Alif Hadi, Nor Aliah Lee, Jeff Saly dan ramai lagi.
- Sissy Iman sebagai Cinta Farhani
- Niezam Zaidi sebagai Rikki
- Sweet Qismina sebagai Lily
- Alif Hadi sebagai Mika
- Nor Aliah Lee sebagai Datin Julia
- Jeff Saly sebagai Eis
Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta
Telefilem Misi Penculikan Cinta mengisahkan tentang Cinta Farhani, seorang penyanyi muda yang sedang berada di puncak populariti namun terperangkap dalam kehidupan artis yang penuh tekanan dan kawalan.
Setiap gerak-gerinya dipantau oleh Mika, pengurusnya yang terlalu mengongkong, yang sebenarnya diupah oleh ibu Cinta, Datin Julia, demi memastikan imej dan kerjaya Cinta sentiasa terjaga.
Keadaan ini membuatkan Cinta berasa terkurung, letih dan hilang kebebasan, lalu timbul keinginan untuk melarikan diri daripada dunia glamor yang membelenggunya.
Kesempatan itu hadir ketika Cinta terlibat dalam penggambaran video muzik di Langkawi. Dengan bantuan Lili, seorang peminat fanatik yang begitu memuja dirinya, Cinta merancang untuk menghilangkan diri daripada Mika.
Demi memenuhi obsesi dan rasa sayangnya, Lili sanggup bertindak lebih jauh dengan menculik Cinta. Bukan itu sahaja dia juga memaksa abangnya, Riki, untuk membantu menyembunyikan penyanyi itu.
Dalam pelarian yang tidak diduga ini, persoalannya kini timbul sama ada Cinta benar-benar mampu merasai kebebasan yang selama ini diimpikannya, atau terjebak dalam situasi yang lebih berbahaya daripada kehidupannya sebelum ini.












