Hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Kau Langit Aku Laut iaitu pada Sabtu, 15 November 2025. Bersiaran pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau secara online di Tonton.
Telefilem yang pada awalnya ditayangkan tahun 2019 ini merupakan terbitan FJ Pictures. Diarahkan oleh Feroz Abdul Kader dengan penulisan skrip daripada Mahizan Husain.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerakarama TV3
Tarikh : 15 November 2025 (Sabtu)
Waktu : 10.00 PM
Penulis Skrip : Mahizan Husain
Pengarah : Feroz Abdul Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka, Idris Md Diah, Jay Iswazir dan ramai lagi.
- Izzue Islam sebagai Anas
- Azira Shafinaz sebagai April
- Aman Graseka sebagai Tuan Bahari
- Idris Md Diah sebagai Hassan
- Jay Iswazir sebagai Jinggo
Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut
Telefilem Kau Langit Aku Laut mengisahkan tentang Anas iaitu seorang bekas ketua gangster. Dia telah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan merompak.
Setelah dibebaskan, Anas masih dicari oleh saki baki gengnya yang masih mahu Anas kembali menjadi ketua mereka. Mereka sedang merancang rompakan yang lebih besar.
Anas tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya di sebuah kampung nelayan. Di situ, Anas ingin memulakan hidup baru.
Penjara telah membuatkan Anas memikirkan semula tentang masa mudanya yang selama ini banyak dihabiskan di jalan kejahatan.
Anas begitu kesal mengingati segala pengorbanan ibunya yang bersusah payah membesarkannya sebagai ibu tunggal dan kemudian maut dalam kemalangan.
Dia sedih kerana dia tak pernah membuatkan ibunya bahagia. Anas nekad untuk berubah. Pakciknya menerima Anas dengan baik. Anas ikut pak ciknya ke laut dan belajar menjadi nelayan.
Sumber : klapbod.com











