Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Cinta Sesungguhnya

Saksikan telefilem Cinta Sesungguhnya yang akan menemui penonton semula pada 8 November 2025, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip daripada Raja Azidah.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Cerekarama TV3
Tarikh : 8 November 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Skrip : Raja Azidah
Pengarah : Amie Maziah
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Telefilem ini menampilkan gandingan pelakon Fikri Ibrahim dan Intan Najuwa. Dibantu oleh nama-nama seperti Khaty Azian, Laila Nasir, Nazeera Sardi, Zaryn Min, Aimi Said dan ramai lagi.

  • Fikri Ibrahim sebagai Razlan
  • Intan Najuwa sebagai Farisha
  • Khaty Azian sebagai Norlia
  • Laila Nasir sebagai Rosnah
  • Nazeera Sardi sebagai Dr. Azlina
  • Zaryn Min sebagai Salmi
  • Aimi Said sebagai Abang Mat
Pelakon Cinta Sesungguhnya

Sinopsis Telefilem Cinta Sesungguhnya

Telefilem Cinta Sesungguhnya mengisahkan tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder.

Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia. Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius.

Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik. Dr. Azlina nasihatkan Farisha yang dia perlu teruskan treatment tetapi Farisha membantah dan bertegas mengatakan yang dia sudah sihat.

Farisha sudah beberapa tahun menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, dan kini berada pada fasa stabil, namun masih memerlukan pantauan berterusan di fasa relapse prevention.

Dr. Azlina bimbang dengan kedegilan Farisha yang tidak mahu lagi dipantau. Farisha tidak boleh terima apabila Dr. Azlina kata penyakitnya mungkin boleh berulang sedangkan dia yakin yang dia sudah benar-benar pulih.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now