Setiap hujung tahun, seluruh universiti awam di Malaysia akan meriah dengan penganjuran majlis konvokesyen.
Majlis konvokesyen menjadi simbol kejayaan pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka secara rasmi. Ia juga menandakan pelajar layak menerima segulung diploma, ijazah, sijil, master atau PhD daripada pihak universiti.
Setiap tahun, ribuan graduan diraikan dalam suasana penuh gembira dan bermakna. Majlis ini bukan sekadar acara rasmi, tetapi juga lambang penghargaan kepada usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh belajar.
Konvokesyen turut menjadi detik penting buat ibu bapa, keluarga dan pensyarah yang sentiasa memberi sokongan moral. Mereka bersama-sama meraikan kejayaan yang menjadi kebanggaan bersama.

Selain itu, majlis konvokesyen juga menjadi medan pertemuan semula antara rakan-rakan seperjuangan yang lama tidak bersua. Suasana di kampus akan kembali hidup dengan warna-warni jubah konvo, bunga, dan senyuman para graduan.
Bagi tahun 2025, ramai yang sudah mula mencari maklumat mengenai tarikh majlis konvokesyen di universiti awam seluruh Malaysia. Maklumat ini penting bagi graduan membuat persediaan awal seperti tempahan jubah, penginapan, dan perjalanan.
Bukan itu sahaja, tarikh konvokesyen juga ditunggu-tunggu oleh keluarga yang ingin hadir memberi sokongan. Setiap universiti lazimnya menetapkan tarikh berbeza bergantung kepada kalendar akademik masing-masing.
Mengetahui jadual konvokesyen lebih awal membantu graduan merancang dengan baik. Ia juga memberi ruang untuk memastikan segala urusan pendaftaran berjalan lancar. Konvokesyen bukan sekadar hari penerimaan skrol, tetapi juga permulaan kepada perjalanan baharu dalam kehidupan.
Senarai Tarikh Majlis Konvokesyen Bagi Setiap Universiti Awam Tahun 2025
Berikut merupakan tarikh yang telah ditetapkan oleh setiap universiti bagi mengadakan majlis konvokesyen. Nak tahu bila tarikh konvo USM, bila tarikh konvo UiTM, bila tarikh konvo UM dan sebagainya, boleh tengok disini :
| Universiti | Sambutan | Tarikh |
|---|---|---|
| Universiti Malaya (UM) | ke-65 | 19 Nov – 10 Dis 2025 |
| Universiti Sains Malaysia (USM) | ke-63 | 25 Nov – 2 Dis 2025 |
| Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | ke-53 | 22 Nov – 4 Dis 2025 |
| Universiti Putra Malaysia (UPM) | ke-49 | 29 Nov – 5 Dis 2025 |
| Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | ke-69 | 15 – 20 Nov 2025 |
| Universiti Teknologi MARA (UiTM) | ke-103 | 19 Nov – 18 Dis 2025 |
| Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) | ke-41 | 6 – 10 Dis 2025 |
| Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | ke-29 | 3 – 6 Nov 2025 |
| Universiti Malaysia Sabah (UMS) | ke-27 | 28 Nov – 1 Dis 2025 |
| Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | ke-23 | 25 – 28 Nov 2025 |
| Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) | ke-21 | 1 – 2 Nov 2025 |
| Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) | ke-20 | 22 – 25 Nov 2025 |
| Universiti Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) | ke-20 | 8 – 11 Nov 2025 |
| Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) | ke-17 | 2 – 6 Nov 2025 |
| Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) | ke-15 | 2 – 6 Dis 2025 |
| Universiti Malaysia Kelantan (UMK) | ke-15 | 10 – 13 Nov 2025 |
| Universiti Malaysia Terengganu (UMT) | ke-23 | 26 – 29 Okt 2025 |
| Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTM) | ke-25 | 6 – 11 Dis 2025 |
| Universiti Utara Malaysia (UUM) | ke-38 | 9 – 13 Nov 2025 |
| Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | ke-27 | 11 – 18 Nov 2025 |
Tarikh Majlis Konvokesyen Di Universiti Swasta Tahun 2025
Berikut merupakan senarai tarikh konvokesyen bagi universiti swasta dan kolej-kolej universiti swasta bagi tahun 2025
- UNITAR – 15 & 16 Nov 2025
- UniKL – 1 hingga 15 Nov 2025
- USAS – 6 & 7 Dis 2025
- MMU – 6 hingga 8 Dis 2025
- MSU – 6 & 7 Disember 2025
- UNISEL – 27 hingga 29 September 2025
- UTP – 26 & 27 Oktober 2025
- UNITEN – 1 & 2 November 2025
- UTAR – 22 & 23 Ogos 2025
- UCSI – 10 Mei 2025
- University of Cyberjaya (UoC) – 29 hingga 30 November 2025
- UIS – 26 November 2025
- UCYP & KYP – 1 Disember 2025
- Sunway University – 22 hingga 25 Julai 2025
Tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Semoga segala majlis dan istiadat konvokesyen berjalan dengan baik.












