Final Piala Malaysia 2025 bakal menjadi pentas epik apabila JDT vs Sri Pahang bertemu dalam perlawanan terakhir musim Liga Malaysia 2024/2025.
Dua pasukan yang penuh tradisi ini akan berentap bagi merebut gelaran juara dalam suasana yang pastinya penuh emosi dan mendebarkan.
Pertembungan ini akan berlangsung pada 26 April 2025, hari Ahad, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan berakhirnya saingan bola sepak tempatan untuk musim ini.
Bagi para penyokong yang tidak berpeluang hadir ke stadium, siaran langsung perlawanan JDT vs Sri Pahang akan disediakan melalui beberapa saluran utama.
Anda boleh menonton secara langsung di Astro Arena 801, Astro Arena Bola 803, TV Okey dan Sukan RTM. Bagi yang memilih untuk menonton secara atas talian, live streaming disediakan di platform Sooka dan RTM Klik.
Sejarah Pertemuan JDT vs Sri Pahang
Piala Malaysia edisi ke-98 ini membawa makna besar kepada kedua-dua pasukan. JDT, yang sebelum ini telah memenangi kejuaraan ini sebanyak empat kali, kini memburu kejuaraan kelima mereka.
Sri Pahang juga mempunyai empat trofi Piala Malaysia dalam koleksi mereka, menjadikan final kali ini satu pertembungan yang sangat seimbang dari segi sejarah.
Menariknya, pertemuan terakhir antara JDT vs Sri Pahang dalam perlawanan akhir berlaku pada tahun 2014, di mana kedua-dua pasukan terikat 2-2 dan Sri Pahang akhirnya menang melalui sepakan penalti 5-3.
Sepanjang musim ini, JDT memperlihatkan dominasi penuh dengan memenangi Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA. Ini menunjukkan bahawa mereka berada pada prestasi puncak dan mengintai peluang untuk melengkapkan musim sempurna dengan satu lagi trofi.
Sri Pahang pula menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kelapan, satu kedudukan yang agak sederhana, namun kehadiran mereka di pentas final menunjukkan semangat juang yang tidak boleh dipandang rendah.
Walaupun di atas kertas ramai menjangkakan kelebihan berpihak kepada JDT, pengalaman lalu membuktikan bahawa final adalah pentas di mana segalanya boleh terjadi. Sejarah 2014 menjadi bukti bahawa Sri Pahang mampu mencipta kejutan.
Soalnya, adakah kali ini JDT akan berjaya menambah satu lagi kejuaraan ke dalam kabinet trofi mereka, atau adakah Sri Pahang bakal sekali lagi mengukir sejarah dengan kemenangan dramatik?
Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan siaran langsung Johor Darul Ta’zim vs Sri Pahang kerana ini adalah malam yang bakal menentukan siapa yang benar-benar layak bergelar juara Piala Malaysia 2025.
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (2) – (1) Sri Pahang
- T. Saravanan 14′
- Bergson da Silva 53′ (P)
- Arif Aiman 74′
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Astro Arena, TV Okey
Live Streaming : Sooka, RTM Klik
*Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia edisi 2024/2025 selepas menunddukan Sri Pahang FC











