Sewa Bazar Ramadan 2026 Lebih Murah, DBKL Tetapkan Kadar RM400

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
bazar ramadan kuala lumpur dbkl

Kadar sewaan tapak bazar Ramadan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditetapkan pada RM400 bagi tahun ini, lebih rendah berbanding RM500 sebelum ini.

Langkah ini dibuat bagi membantu penjaja kecil menghadapi tekanan kos sara hidup. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

BACA JUGA : Senarai Lokasi Dan Tapak Bazar Ramadan Di Kuala Lumpur

Menurut beliau, penurunan sebanyak RM100 tersebut terpakai kepada semua tapak bazar, sama ada yang diuruskan sepenuhnya oleh DBKL mahupun yang dikendalikan persatuan penjaja.

Dengan pengumuman ini, diharapa juga agar peniaga mengambil pendekatan berpatutan dalam penetapan harga makanan susulan pengurangan caj berkenaan.

Selain itu, satu skim perlindungan insurans diperkenalkan bagi meliputi semua peniaga sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan ketika menjalankan perniagaan di kawasan bazar.

Bagi pelaksanaan tahun ini, pendekatan ‘model hibrid’ digunakan melibatkan keseluruhan 41 lokasi sebagai usaha menangani isu yang timbul sebelum ini. Daripada jumlah tersebut, sembilan lokasi berada di bawah pengurusan penuh DBKL, manakala baki 32 lokasi diamanahkan kepada tiga persatuan penjaja utama yang telah dipilih.

Beliau menjelaskan, keputusan kembali kepada model hibrid dibuat selepas penilaian mendapati sistem undian terbuka sebelum ini menyebabkan ramai penjaja lama ditempatkan di lokasi yang jauh, sekali gus menjejaskan hak mereka yang telah lama berniaga di sesuatu kawasan.

Keadaan itu juga menyukarkan persatuan penjaja untuk membela kepentingan ahli masing-masing.

Tiada Aktiviti Sewaan Semula Bagi Bazar Ramadan Di Kuala Lumpur

Dalam perkembangan sama, amaran tegas dikeluarkan kepada mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan penurunan kadar caj dengan menjalankan aktiviti sewaan semula atau ‘sublet’.

Sebarang perbuatan seperti jual beli tapak, sublet atau mengambil keuntungan berlebihan adalah dilarang, dengan tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan lesen akan dilaksanakan tanpa sebarang kelonggaran jika pelanggaran dikesan.

Beliau turut memaklumkan bahawa DBKL akan bekerjasama dengan persatuan penjaja bagi menyelaras kos pengurusan melalui pemberian subsidi tertentu supaya kebersihan tapak bazar dapat dikekalkan tanpa membebankan peniaga.

Sementara itu, bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, kadar caj tapak bazar kekal seperti tahun-tahun sebelumnya tanpa sebarang perubahan.

sumber : fmt

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now