Menunaikan ibadah haji merupakan impian setiap umat Islam di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga perjalanan rohani yang sangat bermakna dan pastinya memuhi rukun Islam yang kelima.
Di Malaysia, pengurusan haji dikawal selia dengan ketat oleh Tabung Haji (TH) bagi memastikan jemaah mendapat perkhidmatan terbaik. Setiap tahun, ramai bakal jemaah memilih untuk menunaikan haji melalui syarikat swasta yang berdaftar secara sah.
Bagi tahun 2026, terdapat 13 syarikat haji swasta yang juga digelar Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah disenaraikan dan diluluskan oleh pihak Tabung Haji (TH). Senarai ini penting bagi memastikan jemaah hanya berurusan dengan pengelola yang sah dan berpengalaman.
Syarikat berdaftar wajib mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Langkah ini bertujuan melindungi jemaah daripada risiko penipuan atau pengurusan tidak teratur.
PJH atau Syarikat haji swasta ini memainkan peranan besar dalam membantu jemaah mendapatkan pengalaman ibadah yang lancar dan selesa. Mereka menyediakan pelbagai pakej mengikut keperluan individu.
Ada pakej ekonomi untuk jemaah bajet sederhana, dan ada juga pakej premium dengan kemudahan eksklusif. Perbezaan harga biasanya bergantung kepada lokasi penginapan, penerbangan dan tempoh berada di Tanah Suci. Yang pastinya bakal haji mengikuti pakej swasta ini tidak layak menerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).
Selain menyediakan penginapan dan penerbangan, syarikat swasta turut menguruskan urusan visa haji dan bimbingan ibadah. Setiap jemaah akan diberi panduan menyeluruh sebelum berangkat ke Mekah.
Kursus dan taklimat biasanya diadakan bagi memastikan semua jemaah memahami rukun serta tatacara ibadah. Ini membantu mengurangkan kekeliruan semasa berada di Tanah Suci.
Kelebihan Memilih Syarikat Haji Swasta – Pengelola Jemaah Haji
Kelebihan memilih syarikat haji swasta ialah fleksibiliti dalam memilih tarikh, jadual dan jenis penginapan. Jemaah juga mendapat perhatian lebih peribadi kerana bilangan peserta biasanya lebih kecil. Ini membolehkan pihak pengelola memberi tumpuan khusus kepada setiap jemaah. Layanan yang mesra dan profesional menjadi tarikan utama bagi ramai bakal haji.
Namun, bakal jemaah perlu berhati-hati dalam membuat pilihan syarikat haji swasta. Pastikan syarikat berdaftar dengan Tabung Haji dan mempunyai lesen sah. Langkah ini penting bagi mengelakkan kerugian dan masalah ketika di luar negara.
Tahun 2026 dijangka menyaksikan peningkatan permintaan terhadap pakej haji swasta. Ramai yang ingin menunaikan haji selepas tertangguh beberapa tahun akibat faktor pandemik dan kuota terhad. Dengan pengelolaan lebih tersusun, pengalaman haji dijangka menjadi lebih lancar dan bermakna.
Senarai Syarikat Haji Swasta Tahun 1447H/2026
Senarai Pengelola Jemaah Haji Swasta berdaftar tahun 2026 ini akan memudahkan jemaah membuat pilihan terbaik. Setiap nama dalam senarai syarikat ini telah disahkan dan diluluskan oleh Tabung Haji.
AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-61772525
Laman Web : https://albaladtravel.com.my/
ALAM SHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-33719989
Laman Web : https://alamshahtravel.com/
AMANI TRAVEL SDN BHD
Hubungi : 06-7907752
Laman Web : https://www.amanitravel.com.my/
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-92831588 / 03-92854530
Laman Web : https://www.umrahandalusia.com/
AZ SAFIR TRAVEL AND TOURS SDN BHD
Hubungi : 082-511001
Laman Web : https://azsafirtraveltours.com/
AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-89123367
Laman Web : https://azzuhatravel.com/
BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD
Hubungi : 011-35350372 / 011-53439539
Laman Web : https://www.busyraholidays.com/
CS HOLIDAYS SDN BHD
Hubungi :03-26970800 / 012-6546604
Laman Web : https://csholidays.my/
EIMAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-78052707 / 011-28211669
Laman Web : https://eimantravel.com.my/
FELDA TRAVEL SDN BHD
Hubungi : 03-27891133
Laman Web : https://feldatravel.com.my/
GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-42564133 / 03-42560133
Laman Web : Gemilang Travel And Tours
HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD
Hubungi : 010-8853200
Laman Web : https://umrahharmony.com/
IN SAFF TRAVEL AND TOURS SDN BHD
Hubungi : 011-31274002
Laman Web : https://insafftravel.com.my/
IRKAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 012-2300315 / 03-27010100
Laman Web : https://irkaztravel.com/
JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
Hubungi : 06-5511888 / 019-7508380
Laman Web : https://jadtravel.com.my/
JAY IBRAHIM TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 019-7233997 / 013-3233997
Laman Web : https://www.jayibrahimalislam.com/
JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 011-57824603
Laman Web : https://www.juaratravel.com.my/
KEMBARA UMRAH SDN BHD
Hubungi : 019-8628577
Laman Web : https://kembaraumrah.my/
KRS TRAVEL SDN BHD
Hubungi : 06-7613666
Laman Web : https://krstravel.com.my/
KUJDT (TIARA MASS TRAVEL & TOURS SDN BHD)
Hubungi : 019-7368770
Laman Web : https://kujdt.my/
MAHABBATEN TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-55246674 / 019-3883944
Laman Web : https://mahabbaten.my/
MIMM TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi :03-41627879 / 011-10297879
Laman Web : https://mimmtravel.com/
QASHWA TRAVEL SDN BHD
Hubungi : 011-10758008
Laman Web : https://qashwatravel.my/
RAYHAR TRAVELS SDN BHD
Hubungi : 09-8583942
Laman Web : https://rayhar.com/
REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 010-8681889 / 010-8344798 / 010-8344799
Laman Web : https://rehlahinternational.com.my/
SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN BHD
Hubungi : 010-8724389
Laman Web : https://yaskin.my/
TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
Hubungi : 019-2738626
Laman Web : https://www.thts.com.my/
TITIM TRAVEL SDN BHD
Hubungi : 018-9654371 / 03-89584377
Laman Web : https://www.titimtravel.com/
TRI-D TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-41497815 / 012-3027926
Laman Web : https://tri-dtravel.com/
WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN BHD
Hubungi : 03-62429944 / 03-62426888
Laman Web : https://wirasaujana.com/
ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN
Hubungi : 03-55491549 / 012-2389544
Laman Web : https://zahafiztravel.com/
Untuk info lanjut berkaitan Pengelola Jemaah Haji atau Syarikat Haji Swasta tahun 2026 yang berdaftar dan berlesen dengan Tabung Haji, anda boleh pergi ke pautan ini.
Elakkan ditipu (scam) dengan memilih syarikat yang berdaftar dengan TH sahaja.












