Senarai Penyampai ERA FM Terbaru & Segmen Harian

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
penyampai radio era fm

ERA FM memang tak pernah mengecewakan bila bercakap tentang hiburan radio. Dari pagi sampai ke malam, ada je celoteh penyampai yang menghiburkan dan lagu-lagu hit yang menemani pendengar. Setiap penyampai ada gaya tersendiri yang menjadikan mereka dekat dengan hati peminat.

Bayangkan anda tengah bersiap ke tempat kerja, memandu dalam trafik, atau sekadar bersantai di rumah – ERA FM sentiasa ada untuk menceriakan suasana. Terkenal dengan trademark “ERA Muzik Hit Terkini – Radio No. 1 Paling Legit”

Segmen pagi penuh dengan gelak ketawa, tengah hari dengan lagu-lagu segar, dan malam pula dengan hiburan santai sebelum tidur. Tak kira umur atau minat, pasti ada sesuatu yang kena dengan jiwa anda.

Setiap segmen yang disajikan bukan sekadar main lagu semata-mata. Ada perbincangan topik menarik, cerita viral, gosip artis, info terkini dan juga kejutan-kejutan khas buat pendengar setia. Itu yang membuatkan Radio ERA FM tetap relevan dan menjadi pilihan ramai sejak bertahun-tahun.

Senarai Penyampai ERA FM Terkini

Jom kita tengok siapa penyampai ERA FM terkini untuk tahun 2025 yang bertugas setiap hari dan segmen apa yang mereka handle!

Isnin – Jumaat:

  • Muzik Hit Terkini: 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi
  • 3 Pagi ERA: Azad Jasmin, Nabil Ahmad & Radin Amir Affendy – 6.00 hingga 10.00 pagi
  • ERAthon: Fazziq – 10.00 hingga 1.00 tengah hari
  • Gempak Hit ERA: Isha Norsham – 1.00 tengah hari hingga 4.00 petang
  • Petang ERA: Haziq & Shasha – 4.00 petang hingga 8.00 malam
  • Chingu ERA: Munaabella – 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam

Sabtu:

  • Muzik Hit Terkini: 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi
  • Sabtu Pagi ERA: Namie & Hawa Rizwana – 7.00 hingga 10.00 pagi
  • Super Safee Era: Safee Sali – 10.00 hingga 11.00 pagi
  • Hujung Minggu Era: 11.00 pagi hingga 3.00 petang
  • Carta ERA 40: Elly Mazlein – 3.00 petang hingga 7.00 malam
  • Flow ERA: Zahier Yusoff – 10.00 hingga 11.00 malam
  • Seram Sabtu ERA: 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam

Ahad:

  • Muzik Hit Terkini: 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi
  • Carta ERA 40 (ulangan): Elly Mazlein – 08:00 – 12:00
  • Hallyu ERA: Munaabella – 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam

Sumber : era.je

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment