Senarai Menteri Kabinet Yang Baru Disember 2025

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
menteri dan timbalan menteri baru disember 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan barisan baharu anggota pentadbiran Kerajaan MADANI dalam satu majlis yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra.

Pelantikan berkenaan dibuat sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan kerajaan serta memastikan pelaksanaan dasar dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.

Rombakan Kabinet pertama bagi Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar sebelum ini telah dilakukan pada Disember 2023.

Sebelum ini, Kabinet Kerajaan MADANI mencatatkan empat jawatan menteri yang kosong susulan beberapa peletakan jawatan.

Antaranya termasuk Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang melepaskan jawatan pada 8 November lalu.

Keputusan ini berlaku selepas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengundurkan diri berkuat kuasa 17 Jun lalu berikutan kegagalan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei sebelumnya.

Selain itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meletakkan jawatan berkuat kuasa 4 Julai selepas tewas dalam pemilihan Naib Presiden PKR.

Manakala jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pula menjadi kosong selepas Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menamatkan tempoh lantikannya sebagai Senator.

Senarai Menteri Kabinet Yang Baru Bermula Disember 2025

Perdana Menteri – YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri I – YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

Timbalan Perdana Menteri II – YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof

Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) – Dato’ Sri Azalina Othman Said

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) – Hannah Yeoh Tseow Suan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) – Datuk Ts. Mustafa @ Mohd Yunus Bin Sakmud

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Dr. Zulkifli Bin Hassan

Menteri Kewangan – Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

Menteri Kewangan II – Senator Datuk Seri Amir Hamzah Bin Azizan

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air – Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof

Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming

Menteri Luar Negeri – Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan

Menteri Kerja Raya – Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri – Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail

Menteri Pertahanan – Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri

Menteri Pendidikan Tinggi – Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Dato Sri Tiong King Sing

Menteri Komunikasi – Datuk Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil

Menteri Pendidikan – Fadhlina Binti Sidek

Menteri Perpaduan Negara – Datuk Aaron Ago Anak Dagang

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Datuk Armizan Bin Mohd Ali

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) – Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani

Menteri Digital – Gobind Singh Deo

Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Steven Sim Chee Keong

Menteri Ekonomi – Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Arthur Joseph Kurup

Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad

Menteri Sumber Manusia (KESUMA) – Ramanan Ramakrishnan

Menteri Belia dan Sukan – Mohammed Taufiq Johari

Timbalan Menteri

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) – M. Kulasegaran V. Murugeson

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) – Lo Su Fui

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) – Yunus Sakmud

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Marhamah Rosli

Timbalan Menteri Kewangan – Liew Chin Tong

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Rubiah Wang

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air – Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Pengangkutan – Hasbi Habibollah

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Chan Fong Hin

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Luar Negeri – Lukanisman Awang Sauni

Timbalan Menteri Kerja Raya – Dr. Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Dalam Negeri – Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Pertahanan – Adly Zahari

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Dr. Mohammad Yusof Apdal

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi – Adam Adli Abd Halim

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Chiew Choon Man

Timbalan Menteri Komunikasi – Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Pendidikan – Wong Kah Woh

Timbalan Menteri Perpaduan Negara – Yuneswaran Ramaraj

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Dr. Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) – Sim Tze Tzin

Timbalan Menteri Digital – Wilson Ugak Kumbong

Timbalan Menteri Kesihatan – Hanifah Hajar Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Mohamad Alamin

Timbalan Menteri Ekonomi -Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Syed Ibrahim Syed Noh

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi – Huang Tiong Sii

Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA) – Khairul Firdaus Akbar Khan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Mordi Bimol

Sumber : https://www.kabinet.gov.my/

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now