Kuala Lumpur bakal berdepan kawalan keselamatan paling ketat dalam sejarah negara. Apabila bandar raya ini bersiap menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober 2025.
Sepanjang tempoh tersebut, KL akan ditutup sepenuhnya kepada orang awam. Penutupan jalan akan dilakukan secara bergilir dan menyeluruh di beberapa kawasan utama. Ramai anggota keselamatan akan ditugaskan bagi mengawal keadaan sepanjang acara.
Meskipun begitu, kawalan dan sekatan ini akan bermula lebih awal, iaitu pada 23 Oktober. Tindakan ini bagi memberi laluan kepada persiapan serta ketibaan awal para delegasi.
Ketika ini, pastinya polis akan berada dalam tahap berjaga-jaga. Seperti yang diumumkan, dianggar sekitar 16,000 anggota polis akan ditugaskan di Kuala Lumpur. Anggota turut dibawa dari negeri berhampiran untuk bantu kawal trafik dan keselamatan.
Bakal Dihadiri Ramai Pemimpin Dunia
Sidang ini juga bakal dihadiri ramai pemimpin dunia ternama. Antaranya ialah Donald Trump, Narendra Modi, dan Luiz Inacio Lula da Silva.
Dari rantau ASEAN pula, ramai pemimpin negara turut akan hadir. Antaranya Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.
Turut hadir ialah Hun Manet dari Kemboja dan Min Aung Hlaing dari Myanmar. Selain itu, ada juga Pham Minh Chinh, Ferdinand Marcos Jr., Sonexay Siphandone dan Jose Alexandre Gusmao.
Sepanjang sidang berlangsung, kira-kira 70 sekolah akan beralih ke kelas online. Penjawat awam yang bekerja dalam radius 25 kilometer dibenarkan bekerja dari rumah (work from home). Langkah ini diambil untuk kurangkan kesesakan dan mudahkan perjalanan sidang.
Senarai Jalan Kuala Lumpur Yang Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Penutupan sementara (ASEAN Summit) ini tidak berlangsung sepanjang hari. Tetapi akan dilaksanakan mengikut masa tertentu, iaitu bermula jam 8.00 pagi hingga selesai dan bermula semula pada jam 7.00 malam.
Beberapa jalan utama akan ditutup sementara sepanjang sidang berlangsung. Setiap penutupan dijangka mengambil masa antara 30 hingga 45 minit.
Berikut merupakan jadual penutupan dan senarai jalan-jalan yang akan ditutup di sekitar Kuala Lumpur termasuk jalan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
26 Oktober 2025 (Ahad)
Ditutup bermula 8.00 pagi hingga selesai ketibaan secara berperingkat. Kemudian akan akan ditutup kembali bermula 5.30 petang hingga selesai secara berperingkat
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
27 Oktober 2025 (Isnin)
Ditutup bermula 8.00 pagi hingga selesai ketibaan secara berperingkat. Kemudian akan akan ditutup kembali bermula 7.00 malam hingga selesai secara berperingkat
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
28 Oktober 2025 (Selasa)
Ditutup mulai 8.00 pagi hingga selesai
- Lebuhraya KLIA
- Lebuhraya ELITE (KLIA – Putrajaya)
- Lebuhraya NKVE (Subang – Jalan Duta)
Jadi untuk orang ramai yang biasanya menggunakan jalan-jalan ini untuk urusan kerja dan sebagainya supaya untuk rancang perjalanan. Cari jalan alternatif yang lain untuk sampai ke destinasi yang dituju.











