Senarai Jadual Suhu Dan Masa Air Fryer Untuk Masak Pelbagai Makanan

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
suhu dan masa air fryer

Anda mempunyai Air Fryer, tapi tak tahu nak set up untuk masak makanan macam mana? Anda boleh lihat sini senarai jadual suhu dan masa memasak untuk guna Air Fryer.

Alat perkakas Air Fryer sekarang ni sepertinya menjadi alatan dapur moden yang terkenal dan wajib ada bagi setiap rumah. Selain daripada beli sendiri, alat ini juga sesuai nak buat hadiah kahwin

BACA JUGA : Cadangan 15 Hadiah Kahwin Untuk Pengantin Baru

Air Fyer merupakan perkakas dapur untuk memasak atau menggoreng tetapi hanya menggunakan angin panas sahaja.

Yang lebih menarik sebab ianya sangat terkenal di Malaysia kerana anda boleh goreng masakan kegemaran anda tanpa minyak. Sekali gus menjadikan makanan tersebut selamat dan sihat untuk kesihatan kita.

Tapi setiap makanan yang di fry kan mestilah betul dengan keadaan makanan tersebut. Oleh itu anda perlu tetapkan suhu dan masa memasak yang betul apabila menggunakan Air Fryer. Kebiasaanya setiap perkakas dapur disediakan panduan manual untuk masakan.

Tetapi jika tiada panduan, mungkin anda boleh gunakan panduan ini bagaimana tetapkan suhu dan masa memasak menggunakan Air Fryer dengan betul. Ianya juga bergantung kepada jenis Air Fryer anda juga tau.

Senarai Jadual Suhu Dan Masa Air Fryer Untuk Masak Pelbagai Makanan

Kebiasaanya tetapan suhu yang digunakan Air Fryer di Malaysia menggunakan degree celcius (°C) dan masa dalam minit (min). Jom tengok jadual suhu dan masa memasak bagi jenis-jenis makanan yang disenaraikan.

Jenis MakananSuhu (°C)Masa (Min)
Ikan cencaru sumbat20015
Ikan keli20010 + 7
Ikan kembung16020
Ikan steam16040
Ikan bilis16010
Salmon grill18020
Fish ball18010
Sate ikan lokcing15020
Telur masak penuh16010
Telur separuh masak16010
Telur dadar (letak minyak siki)16010
Telur rebus16014
Jagung bakar sapur marjerin17020
Pisang karamel18010
Pisang goreng tepung2005
Keropok lekor gaul minyak18015
Keropok/kerepek keping1605
Kerepek crab stik16010
Papadom17010
Tempe16015
Cendawan tepung16020+10
Ayam seekor23030
Ayam bakar18010+10
Ayam panggang14045
Ayam goreng tepung16040
Daging hiris bakar18015+15
Lamb chop18016
Sotong kari kering20010
Sotong kukus18025
Daging burger1807+7
Nugger & sosej18010
French fries15010
Roti telur tak goyang1805
Roti bakar cheese1805
Brownies14050
Chocolate muffin16012
Donat segera1405
Roti canai segera1805
Samosa14020
Jemput-jemput18010+10
Bergedil17013
Pizza16020
Tauhu goreng18020
Kacang gajus1405
Kacang tanah16015

Diharap perkongsian tetapan dan jadual suhu dan masa untuk Air Fryer ini berguna kepada anda bagi menyediakan makanan yang kurang minyak lagi sihat selepas ini.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment