Zoo Johor merupakan salah satu destinasi menarik yang wajib dikunjungi jika anda bercuti ke negeri Johor. Terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, menjadi lokasi strategik pilihan ramai.
Jika anda merancang ke Johor Bahru samada percutian bersama keluarga, lawatan sekolah, mahupun aktiviti hujung minggu bersama rakan-rakan, Zoo Johor pastinya menjadi antara pilihan yang tepat.
Pasti ramai yang membuat perbandingan antara zoo-zoo di tempat lain, tetapi Zoo Johor tetap menawarkan pengalaman unik terutamanya bagi pencinta haiwan. Disini anda boleh peroleh pengalaman santai dalam suasana alam semula jadi.
Menjadikannya lebih unik, Zoo Johor merupakan zoo tertua di Malaysia yang mana telah dibuka sejak tahun 1928. Sehingga kini terus menjadi daya tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negeri.

Disini akan dapat lihat banyak spesies haiwan seperti harimau, unta, buaya, rusa, burung-burung eksotik, kera dan banyak lagi. Dikatakan, zoo ini merekodkan sebanyak 373 ekor haiwan daripada 65 spesies.
Tapi dengan bilangan haiwan yang ditawarkan, adakah ianya berbaloi dengan harga? Jadi jom kita tengok pula senarai harga tiket Zoo Johor terkini untuk tahun 2025. Dah tahu harga, senang nak buat bajet nanti kan nak bawa family.
Harga Tiket Masuk Zoo Johor Terkini Tahun 2025
Berikut ialah senarai harga terkini untuk tiket masuk Zoo Johor bagi setiap kategori berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025 :
| Kategori Pengunjung | Harga Tiket |
|---|---|
| Dewasa (12 tahun ke atas) | RM10 |
| Kanak-Kanak (5 – 12 tahun) | RM5 |
| Warga Emas (60 tahun ke atas) | RM5 |
| Kanak-Kanak (bawah 4 tahun) | Percuma |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | Percuma |
| Bukan Warganegara (Non-Citizens) | RM30 |
Nota: Harga mungkin tertakluk kepada perubahan mengikut ketetapan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dari semasa ke semasa.

Cara Beli Tiket Zoo Johor
Terdapat 2 cara untuk anda beli atau dapatkan tiket masuk ke Zoo Johor iaitu secara online di zootiket.johor.gov.my atau beli di kaunter tiket masuk secara walk-in. Harga dalah sama bagi kedua-dua jenis pembelian.
Waktu Operasi
Zoo Johor dibuka setiap dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang termasuk hujung minggu dan cuti umum. Hanya hari Selasa sahaja ditutup. Namun, kaunter tiket biasanya ditutup sekitar jam 4.30 petang, jadi pastikan anda datang lebih awal untuk menikmati lawatan sepenuhnya.
Jadi jika anda sedang mencari tempat riadah yang santai, berinformasi dan tidak membebankan dompet, Zoo Johor adalah antara pilihan. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat ini bersama insan tersayang.












