Langgan Serendah RM19 Sebulan. Ini Senarai Harga Netflix Terbaru Tahun 2025

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
netflix

Anda sebenarnya tidak perlu berbelanja besar untuk nikmati filem atau siri popular dari seluruh dunia. Dengan tawaran harga Netflix yang berbaloi, anda boleh dapatkan langganan bulan serendah RM19 sahaja di Malaysia.

Ramai mengeluh katanya nak layan drama Korea, filem Hollywood, nikmati dokumentari atau animasi perlu bayar mahal. Kena keluarkan kos yang tinggi untuk langgan bulanan. Tapi dengan Netflix ada pelbagai tawaran harga yang disediakan.

Dengan Netflix, anda bayar mahal anda boleh layan semua kandungan di dalamnya. Dengan bayar murah pun anda dapat semua katalog yang sama. Jadi ini memberikan anda pilihan yang boleh dilakukan setiap bulan.

Jadi betul ke dengan RM19 sebulan sahaja boleh langgan Netflix untuk semua kandungan? Jom kita tengok senarai harga Netflix yang ditawarkan dan anda bebas untuk memiilih mengikut bajet anda sendiri.

Senarai Harga Netflix Terbaru Untuk Tahun 2025

Berikut merupakan info lengkap termasuk perbandingan harga, ciri-ciri setiap pelan untuk anda buat pilihan. Terdapat 4 pelan yang ditawarkan oleh Netflix iaitu Mobile, Basic, Standard dan Premium.

1) Mobile

  • Harga : RM18.90 sebulan
  • Kualiti video dan bunyi : Terbaik
  • Resolusi : 480p
  • Peranti yang disokong : handphone dan tablet
  • Peranti yang boleh digunakan dalam satu-satu masa : 1
  • Perantu muat turun : 1

2) Basic

  • Harga : RM29.90
  • Kualiti video dan bunyi : Baik
  • Resolusi : 720p (HD)
  • Peranti yang disokong : TV, komputer, handphone, tablet
  • Peranti yang boleh digunakan dalam satu-satu masa : 1
  • Perantu muat turun : 1

3) Standard

  • Harga : RM49.90
  • Kualiti video dan bunyi : Hebat
  • Resolusi : 1080p (Full HD)
  • Peranti yang disokong : TV, komputer, handphone, tablet
  • Peranti yang boleh digunakan dalam satu-satu masa : 2 (Tambah RM13 lagi)
  • Perantu muat turun : 2

4) Premium

  • Harga : RM62.90
  • Kualiti video dan bunyi : Terbaik
  • Resolusi : 4K (Ultra HD) + HDR
  • Spatial audio : Disertakan
  • Peranti yang disokong : TV, komputer, handphone, tablet
  • Peranti yang boleh digunakan dalam satu-satu masa : 4 (tambah RM13 lagi setiap akaun)
  • Perantu muat turun : 6

Jadi daripada 4 pelan dengan harga Netflix yang ditawarkan, ini bermakna, anda boleh layan dengan harga paling murah iaitu RM19 sahaja sebulan. Tapi ianya terhad untuk tontonan di handphone dan tablet sahaja.

Cara Langgan Netflix Secara Online

Untuk mula langgan, anda perlu terlebih dahulu untuk daftar atau sign up akaun Netflix. Hanya boleh dilakukan menerusi laman web rasmi iaitu di https://www.netflix.com/signup. Kemudian ikuti langkah dibawah untuk mula langgan dan pilih pelan

  1. Terlebih dahulu pilih pelan yang sesuai untuk anda. Jangan risau, anda boleh tukar pelan pada bila-bila masa (Mobile, Basic, Standard, Premium)
  2. Daftar akaun dengan menggunakan emel dan password
  3. Masukkan kaedah bayaran dan buat bayaran seperti biasa
  4. Download aplikasi Netflix di handphone dan login seperti biasa
  5. Selesai

Jadi sekarang anda dah tahu harga Netflix Malaysia beserta pelan yang ditawarkan. Paling murah boleh dapatn RM19 sebulan. Lepas ni boleh la layan semua kandungan Netflix yang disediakan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now