Senarai Harga Honda WRV 2023 Untuk 4 Pilihan Bermula RM89K

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
harga honda wrv

Selepas berminggu-minggu menanti berita ini, akhirnya kini telah tiba. Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi untuk Honda WRV 2023 bagi 4 pilihan varian iaitu bermula RM89 ribu hingga RM107 ribu.

Kalau anda baca atau tonton pelbagai review awal berkaitan Honda WRV 2023 ini, ianya dikatakan bakal menggantikan Honda BRV yang kini tidak lagi memasuki pasaran Malaysia. Jadi lepas ni hanya ada Honda WRV baru sahaja diatas jalan.

Jika dilihat daripada segi luaran, Honda WRV ini merupakan pesain kepada Produa Ativa dengan saiz yang hampir sama dalam segmen B untuk mini SUV. Honda vs Produa. Jika diberi pilihan, agak-agaknya mana anda pilih? Atau nak tengok harga dulu?

Lihat Honda WRV 2023 Di Show Room Honda

Sebelum pengumuman rasmi harga yang dibuat oleh pihak Honda Malaysia pada 13 Julai 2023, bersamaan hari Khamis, aku berkesempatan untuk lihat sendiri lebih dekat kereta baru ini yang berada di show room Honda.

Ketika itu, untuk lihat, sentuh dan masuk ke dalam kereta tersebut, anda perlu datang ke show room terpilih dan masuk ke kawasan yang ditetapkan. Sebab, kereta tersebut tidak ditunjukkan di khalayak ramai, sebaliknya diletakkan di dalam kelambu.

showroom honda wrv

Ini bertujuan bagi mengelakkan orang ramai untuk mengambil gambar. Ini kerana ianya masih belum rasmi diperkenalkan. Jadi nak tengok, kena diam-diam.

Tinggal handphone diluar, dan masuk dalam kelambu hitam tu. Boleh la lihat dan sentuh serta ketahui bentuk sebenar.

Rekaan Terbaru WRV 2023 Sangat Cantik

Sebelum aku datang lihat sendiri di showroom Honda, aku dah tengok review youtuber yang dibuat menggunakan keluaran Thailand. First impression masa tengok review youtube, reka bentuk luaran sangat cantik, macam abang dia, HRV.

Jadi dikatakan versi Malaysia juga menggunakan reka bentuk yang sama, tetapi sudah bentuk spesifikasi dalaman ada perbezaan. Aku datang ke show room sebenarnya nak tahu adakah bentuknya sama atau ada perubahan lain.

Ternyata segala review awal tersebut adalah sebijik sama seperti versi Malaysia. Rekaan luaran dan dalaman, semua sama sahaja macam dalam youtube. Spesifikasi je lain sebab di Malaysia ada 4 varian dan Thailand ada 2 varian sahaja.

Ciri-Ciri Untuk 4 Variasi HRV 2023

Jadi jom kita tengok ciri-ciri 4 varian iaitu RS, V, E dan S yang disediakan oleh pihak Honda Malaysia untuk mini SUV terbaru WRV 2023:

WR-V 1.5L SWR-V 1.5L EWR-V 1.5L VWR-V 1.5L RS
Halogen Head Light+ Shark Fin Antenna+ LED Head Light+ RS Package (Interior & Exterior)
Front Position Light+ 4.2″ TFT Meter+ LED DRL+ 17″ Dual Tone Alloy Wheel
Segment Meter+ Multi-Angle Reverse Camera+ Front LED Fog LightFront Sequential Turn Signals
Micro Pole Antenna+ Rear Seat Reminder+ Auto Air ConditioningPaddle Shift
16″ Alloy Wheel+ 2 Speakers+ Leather Interior with Stiching’sHonda CONNECT
Trunk Spoiler+ Remote Engine Starter+ Leather Seats with Blue Stiching’s2 Side Curtain Airbags
Fabric Seat+ Walkaway Auto Lock+ Reatr Center Armrest2 Tweeter Speakers
Manual Air Conditioning
+ Auto Head Light
Apple CarPlay and Android Auto

‘+’ = bermaksud tambahan kepada varian tersebut

Senarai Harga Rasmi 4 Variasi HRV 2025

Menerusi pengumuman rasmi yang dibuat oleh Honda Malaysia, berikut merupakan senarai harga untuk WRV 2023. Untuk pilihan warna pula ada Stellar Diamond Pearl, Meteoroid Gray, Ignite Red, Crystal Black Pearl dan Platinum White Pearl

  • Honda WRV RS = RM107.900
  • Honda WRV V = RM99.900
  • Honda WRV E = RM95.500
  • Honda WRV S = RM89.900

*On the-road price without insurance

harga honda wrv 2023

Macam mana, menarik tak harga yang ditawarkan untuk sebuah mini SUV terbaru Honda WRV 2023 ini? Mahal ke murah ke berbaloi dengan harga? Berminat ke nak beli nanti? Ingat pesaingnya adalah Produa Ativa.

Sekarang harga dah tau dan telah rasmi diperkenalkan Honda WRV 2023. Boleh la datang terus ke show room Honda terdekat untuk lihat sendiri kereta terbaru ini.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment