Radio masih lagi jadi teman setia ramai rakyat Malaysia, sama ada waktu memandu pergi kerja, balik kampung, atau tengah santai di rumah. Antara stesen yang sentiasa ada peminat tersendiri ialah Suria FM.
Terkenal dengan tagline ‘Muzik & Jiwa’, Suria FM membawakan lagu-lagu terkini, segmen pagi yang mencuit hati, dan celoteh penyampai yang bersahaja memang buat ramai tak jemu dengar.
Masalahnya, masih ada yang tercari-cari frekuensi Suria FM Malaysia terkini bila berada di negeri berbeza. Bila siaran tiba-tiba hilang atau berbunyi berdesir, mula lah tercari-cari nombor frekuensi yang betul.
Jadi dalam arikel kali ini, kami kongsikan senarai frequensy Suria FM 2026 mengikut negeri supaya lebih mudah untuk anda set radio tanpa pening kepala.
Senarai Frekuensi Suria FM Malaysia Terkini 2026
Berikut ialah senarai frekuensi Suria FM Malaysia terkini yang boleh anda rujuk:
- Lembah Klang – 105.3 FM
- Seremban – 107.0 FM
- Melaka & Johor Utara – 88.5 FM
- Johor Bahru – 101.4 FM
- Ipoh – 96.0 FM
- Taiping – 91.7 FM
- Perlis, Kedah, Pulau Pinang – 106.9 FM
- Kuantan – 96.1 FM
- Kuala Terengganu – 102.4 FM
- Kota Bharu 106.1 FM
Saluran ini membantu anda mendapatkan siaran Suria FM dengan lebih jelas tanpa gangguan. Jika berada di kawasan pedalaman, mungkin perlu sedikit pelarasan manual untuk dapatkan signal terbaik.
Sumber : suria.my











