Anda bercadang masa terdekat untuk datang ke stadium untuk tengok bola? Tapi sebelum tu nak tahu barang terlarang apa yang tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam stadium bagi mengelakkan anda ditahan?
Menonton perlawanan bola sepak di stadium sememangnya satu pengalaman yang penuh semangat dan emosi. Sorakan penyokong, kibaran bendera, serta gegaran dari setiap jaringan gol menjadikan suasana lebih hidup dan mendebarkan.
Namun, untuk memastikan keselamatan semua pihak, terdapat beberapa peraturan ketat yang perlu dipatuhi oleh setiap penonton. Antara peraturan paling penting adalah larangan membawa masuk barang-barang tertentu ke dalam stadium.
Malangnya, masih ramai penyokong yang tidak menyedari senarai barang terlarang ini. Ada yang membawa alatan yang boleh mengganggu ketenteraman, mencederakan orang lain, atau menjejaskan kelancaran acara. Tanpa disedari, tindakan tersebut boleh menyebabkan penonton dihalang masuk atau lebih teruk lagi, ditahan oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, sebelum melangkah masuk ke stadium untuk menyokong pasukan kesayangan, adalah penting untuk mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dibawa bersama.
Senarai larangan ini bukan bertujuan menyusahkan, tetapi demi menjamin pengalaman menonton bola yang selamat, menyeronokkan dan harmoni untuk semua.
Jika anda merancang untuk hadir ke stadium dalam masa terdekat, pastikan anda ambil maklum tentang senarai ini agar tidak berdepan masalah di pintu masuk.
Senarai Barang Terlarang Yang Tidak Boleh Dibawa Masuk Ke Dalam Stadium
Anda bercadang untuk menonton perlawanan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil. Atau menonton mana-mana perlawanan dalam saingan Liga Super. Tapi perlu ingat, ada barang terlarang yang tak boleh bawa tau.
Senarai-senarai ini biasanya sama sahaja bagi mana-mana perlawanan bola sepak yang diadakan di dalam stadium. Jadi anda boleh simpan barang-barang ini dirumah sahaja. Tak perlu bawa pun. Kalau bawa, risiko paling besar adalah akan dirampas.
- Rokok Elektronik (Vape)
- Payung
- Minuman beralkohol
- Tongkat
- Rokok
- Pembesar suara
- Botol air atau termos
- Pisau atau apa-apa senjata tajam
- Pemetik api (lighter)
- Topi keledar (helmet)
- Powerbank
- Mercun
- Laser
- Dron
- Suar (flare)
- Lato-lato

Anda berhajat nak bawa semua barangan diatas? Lupakan lah. Lebih baik anda simpan sahaja dirumah. Senarai ini juga ada yang terpakai jika menonton konsert di stadium. Jadi hati-hati ya.
Sumber : FAM