Pencarian juara Dewi Remaja 2025 kini sudah sampai ke penghujung apabila 6 finalist telah dipilih untuk mara ke pentas final. Dengan itu juga, para Dewi akan memberikan persembahan yang terakhir.
Bermula daripada 12 finalis Dewi Remaja. Mereka perlu mengharungi 7 minggu sehingga sampai ke pentas akhir diminggu kelapan. Dalam tempoh tersebut, pelbagai cabaran yang dilalui.
BACA JUGA : Biodata Penuh 12 Peserta Dewi Remaja 2025

Cabaran Setiap Peserta Para Dewi Remaja 2025
Bermula dengan cabaran ‘ice breaker’ pada belah siang, para Dewi perlu menghabiskan cabaran minggu pertama dengan cabaran ‘photoshot’ pula. Namun begitu, pada minggu awal ini tiada penyingkiran.
Bersambung di minggu kedua dengan cabaran ‘Queen of Tears’, peserta perlu melakonkan sebuah babak dengan situasi menangis serta menggunakan skrip atau dialog yang sama.
Setelah diadili oleh Nabila Huda bersama Kamal Adli sebagai juri tetap, Fittri menjadi Dewi pertama yang tersingkir.
Pada minggu ketiga, mereka perlu melakukan cabaran ‘Dark Hosting’. Para peserta perlu melakukan cabaran pengacaraan dalam situasi seram di sebuah banglo yang ditinggal lama yang dikenali sebagai rumah penanggal.
Diberi gelar sebagai minggu penuh plot twist apabila 2 peserta disingkirkan pada minggu tersebut iaitu Dewi Ellysa Ramlee dan Teya. Disebabkan itu, maka tinggal 9 Dewi yang akan meneruskan cabaran ke minggu seterusnya.
Masuk minggu keempat, cabaran semakin intense. Kali ini mereka perlu menari dan menghasilkan muzik video pendek ‘Cak Cak Cekuk’. Demi untuk mengejar gelaran juara, Dewi terus cekal melakukan setiap gerakan yang diajar.
Hasil daripada kesungguhan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh kesemua para peserta. Juri sebulat suara untuk tidak melakukan penyingkiran pada minggu tersebut. Jadi tiada siapa yang terkeluar.
Untuk episod 6, para peserta melakukan cabaran Manifesto. Kesemua Dewi perlu membuat public speaking mengikut tajuk yang dipilih diharapan pelajar MSU. Langkah Camelia terhenti apabila tersingkir di minggu suku akhir.
Untuk episod 6, terdapat 4 cabaran yang perlu dilakukan oleh para Dewi dengan tema ‘Blind Date’. Blind Date Challenge, Deco With Love, Whisper Challenge dan Memory Match. Kemudian diikuti dengan cabaran terakhir iaitu ‘Romcom’.
Para Dewi perlu melakukan beberapa babak romantik komedi bersama Lorenzo Irmann. Ianya merupakan cabaran terakhir sebelum melangkah ke final Dewi Remaja 2025.
Dalam cabaran tersebut, sekali lagi 2 peserta tersingkir iaitu Sharmaine dan Elisa Chew. Jadi hanya 6 peserta Dewi Remaja 2025 yang melangkah ke pentas final.
Senarai 6 Peserta Dewi Remaja 2025 Mara Ke Final
6 peserta yang berjaya mara ke final Dewi Remaja 2025 adalah Marisa, Suhaila, Nylea, Dheper, Nelysa Kay dan Ariana.
Kesemua finalist ini akan merebut gelaran juara di pentas akhir Dewi Remaja 2025. Bakal berlangsung pada 28 November 2025, hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Astro Ria 104 dan Sooka.
Jadi peserta manakah yang akan bergelara juara Dewi Remaja 2025? Akan diumumkan pada pentas final nanti












