Anda Boleh Semak Kelayakan SARA One-Off Untuk Semua Bermula Hari ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
semak sara one-off 2026

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Penghargaan SARA One-Off Untuk Semua 2026.

Ianya merupakan bantuan tunai khas berjumlah RM100 secara sekali bayar kepada setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas, tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

Bantuan secara one-off ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat dan ianya berasingan daripada bantuan SARA bulanan sedia ada.

BACA JUGA : Apa Beza MyKasih dan SARA

Keistimewaan utama inisiatif ini ialah sifatnya yang menyeluruh, kerana ia merangkumi semua kategori pendapatan termasuk B40, M40 dan T20, sekali gus menjadikannya antara bantuan paling inklusif pernah diumumkan.

Seperti yang diumumkan di facebook Kementerian Kewangan, pembayaran RM100 ini akan dibuat secara one-off dan tidak memerlukan sebarang permohonan. Proses penentuan kelayakan akan dilakukan secara automatik berdasarkan rekod dan pangkalan data kerajaan.

Tarikh Penting Berkaitan SARA One-Off Untuk Semua

  • Semakan kelayakan: 5 Februari 2026
  • Tarikh bayaran: 9 Februari 2026
  • Tempoh boleh digunakan: 8 Februari – 31 Disember 2026
semak kelayakan sara one-off 2026

Bermula 9 Februari 2026, bantuan ini akan mula disalurkan kepada individu yang layak. Secara asasnya, semua rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria berikut akan menerima bantuan ini:

  1. Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah
  2. Berumur 18 tahun ke atas, iaitu lahir pada tahun 2008 atau lebih awal

Cara Semak Kelayakan Bantuan SARA One-Off

Orang ramai boleh mula buat semakan bermula 5 Februari ini menerusi portal rasmi MyKasih atau klik link ini https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.

Selain itu, anda juga boleh semak dengan menggunakan aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store secara percuma.

Bagaimana Pula Dengan Penerima STR?

Jawapannya, penerima STR masih layak sepenuhnya. Mereka yang sedang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan:

  • Terus menikmati bantuan SARA bulanan antara RM50 hingga RM200
  • Dan pada masa yang sama, menerima RM100 bantuan one-off ini pada 9 Februari 2026

Ini bermaksud, Bantuan Penghargaan SARA One-Off 2026 tidak menjejaskan sebarang bantuan sedia ada.

Orang ramai disarankan untuk membuat semakan kelayakan mulai 5 Februari 2026 bagi memastikan pembayaran dapat diterima tanpa sebarang masalah.

Sumber : aimanstory.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now