Semak CCTV Untuk Ketahui Trafik Di Lebuhraya Secara Live

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
semak cctv lebuhraya malaysia secara live

Balik raya atau cuti panjang, perkara yang paling ditakuti bukan lupa bawa baju raya, tapi tersekat dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam! Kadang-kadang, rasa dah pilih waktu terbaik untuk gerak, tapi tetap tersangkut dalam ‘lautan kereta’ yang tak bergerak.

Nasib baik sekarang, teknologi dah memudahkan hidup. Tak perlu lagi sekadar teka-teka jalan mana yang lancar, sebab kita boleh semak CCTV yang tersedia di lebuhraya seluruh Malaysia bagi mengetahui keadaan trafik secara langsung.

Sistem ini sangat berguna untuk sesiapa yang nak buat perancangan perjalanan dengan lebih bijak. Dengan hanya beberapa klik, kita boleh tengok sendiri keadaan trafik di lokasi tertentu iaitu sama ada jalan lengang atau sesak teruk.

Dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sampailah ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT), semuanya boleh dipantau secara real-time terus dari telefon anda. Jadi, tak perlu lagi bergantung pada laporan trafik di radio semata-mata.

Cara Semak CCTV Di Lebuhraya

Nak tahu cara semak CCTV untuk elak tersangkut dalam jammed? Jom kita tengok langkah-langkah mudah yang boleh membantu perjalanan jadi lebih lancar dan kurang stres!

1) JalanNow

Anda boleh semak CCTV bagi seluruh lebuhraya yang wujud di Malaysia ini menerusi portal https://www.jalanow.com/. Kesemua paparan yang dikeluarkan adalah mengikut masa sebenar. Tapi dalam bentuk gambar dan bukan video.

Anda boleh dapatkan keadaan lalu lintas seperti di highway PLUS, NKVE, DUKE, AKLEH, NPE , LDP dan banyak lagi. Untuk orang pantai timur, pastinya tumpuan untuk KL-Karak Expressway dan LPT 1 serta LPT 2.

2) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Selain itu, anda juga boleh semak trafik bagi setiap lebuhraya menerusi portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di https://www.llm.gov.my/. Juga disediakan secara real-time terus daripada telefon anda.

Pada halaman utama, pada bahagian Paparan CCTV Lebuh Raya, anda boleh pilih Lebuhraya mana yang anda nak tengok. Kemudian akan dipaparkan juga dalam bentuk gambar dan bukan video. Tapi dikemaskini setiap beberapa saat.

Kini Lebih Mudah

Jadi dengan adanya kemudahan semak CCTV seperti yang disediakan oleh pihak JalanNow dan LLM, percangan awal boleh dibuat lagi-lagi bila tiba musim cuti panjang seperti Hari Raya Aidilfitri, CNY dan sebagainya.

Lepas ni kalau rasa trafik dari CCTV tersebut menunjukkan keadaan tenang tak banyak kereta, boleh la terus bergerak untuk ke destinasi atau boleh balik kampung tanpa perlu hadap jammed!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now