Ringgit Melonjak Ke Paras 3.98 Berbanding USD, Tertinggi Dalam Lebih Tujuh Tahun

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
ringgit malaysia

Pada sesi pagi, ringgit meneruskan momentum pengukuhan apabila dibuka pada paras hampir tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, iaitu sekitar 3.9850 hingga 3.9950 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), berbanding 4.0045 hingga 4.0080 sebelum ini.

Sebagai rujukan, kali terakhir mata wang tempatan mencatatkan dagangan pada tahap yang setara adalah pada 24 Mei 2018, apabila ringgit berada pada paras RM3.9797 berbanding US Dollar.

Sebelum ini, penganalisis ekonomi menjangkakan ringgit akan bergerak dalam lingkungan itu pada separuh pertama 2026, sebelum menunjukkan pengukuhan lanjut ke sekitar 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun berkenaan, didorong oleh asas ekonomi Malaysia yang semakin positif.

Menurut mereka, trend tersebut turut dipengaruhi oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta beberapa faktor berkaitan Amerika Syarikat yang dijangka terus memberi tekanan kepada nilai dolar AS.

sumber : bernama

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now