Tahniah Nanas Juara Muzikal Lawak Superstar 5 (Tahun 2025)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
nanas juara muzikal lawak superstar 5

Muzikal Lawak Superstar 5 telah melabuhkan tirai apabila secara rasmi menobatkan kumpulan NANAS sebagai juara untuk musim kali ini mengalahkan 3 kumpulan yang lain.

Kumpulan NANAS dianggotai oleh Achey, Shashic dan Namie berjaya mengenepikan finalis lain iaitu Roda, Kimbap dan Puteh di pentas akhir MLS 5 pada Sabtu.

BACA JUGA : Senarai Penuh Peserta Muzikal Lawak Superstar 5

Pada malam final Muzikal Lawak Superstar 5, kesemua 4 finalis perlu mempersembahkan 2 tugasan dihadapan 4 juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj. Nawawi, Bella Astilah dan Zizan Razak.

Setiap persembahan dari minggu pertama hingga minggu kelapan yang juga pusingan akhir ini diadili oleh juri tetap yang mewakili 80%. Manakala 20% lagi adalah daripada undian penonton.

Juara Muzikal Lawak Superstar 5 membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 beserta trofi. Diikuti dengan naib juara, tempat ke-3 dan tempat ke-4 dengan masing-masing hadiah wang tunai RM75,000, RM50,000 dan RM25,000 juga beserta trofi.

Senarai Pemenang Dan Juara Muzikal Lawak Superstar 5

Seperti yang diumumkan oleh Dato AC Mizal di pentas akhir, Nanas sebagai Juara dan Roda untuk Naib Juara. Manakala Kimbap dan Puteh masing-masing dengan keputusan Tempat ke-3 dan Tempat Ke-4.

  • Juara – NANAS
  • Naib Juara – RODA
  • Tempat Ketiga – KIMBAP
  • Tempat Keempat – PUTEH

Muzikal Lawak Superstar 5 telah bersiaran selama 8 minggu. Ditayangkan pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima dan live streaming di Sooka. Pentas akhir berlangsung pada 29 November 2025.

Tahniah kepada kumpulan NANAS

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now