Muzikal Lawak Superstar Musim 5 Tahun 2025: Senarai Peserta, Juri dan Siaran Langsung

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
muzikal lawak superstar 2025

Muzikal Lawak Superstar 2025 kembali dengan musim kelima yang lebih meriah dan luar biasa. Program realiti popular ini menampilkan bakat pelawak, pelakon serta selebriti terkenal tanah air dalam sebuah pertandingan lawak muzikal yang penuh warna.

Tahun ini, tema utamanya ialah Clash of Empire, menjanjikan kelainan dari segi konsep, persembahan dan gaya penceritaan setiap minggu. Gabungan elemen sejarah, muzik dan komedi menjadikan edisi kali ini antara yang paling dinantikan peminat.

Musim terbaru ini mula bersiaran pada 11 Oktober 2025, setiap hari Sabtu jam 9 malam di Astro Prima saluran 105. Penonton juga boleh menonton secara langsung menerusi platform Astro Go dan Sooka. Dengan tagline “Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw” ini bakal dihoskan oleh Dato’ AC Mizal.

Barisan juri kali ini terdiri daripada tiga nama besar, iaitu Datuk Aznil Hj. Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah. Ketiga-tiga mereka membawa pandangan berbeza dalam menilai persembahan peserta. Gabungan pengalaman seni, komedi dan nyanyian menjadikan penilaian lebih seimbang serta menarik untuk diikuti.

Sebanyak 10 kumpulan hebat bakal berentap untuk merebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 2025. Antara kumpulan yang bertanding ialah Saiko, Nanas, Fiona, Roda, Jozon, Genzi, Kimbab, Puteh, Bahyim dan Lompat. Setiap kumpulan menampilkan tiga ahli dengan watak unik berdasarkan tema empayar masing-masing.

Musim kelima ini bakal berlangsung selama 8 minggu dengan pelbagai cabaran dan tema menarik. Muzikal Lawak Superstar 2025 bukan sekadar pertandingan, tetapi pentas besar untuk menggabungkan muzik, komedi dan seni persembahan Malaysia dalam satu pertunjukan megah yang mencuit hati penonton seluruh negara.

Senarai Peserta Muzikal Lawak Komedi 2025

Berikut merupakan senarai 10 kumpulang yang mengambil bahagian dan setiap daripadanya terdiri daripada 3 ahli dengan 3 latarbelakang yang berbeza.

1) BAHYIM (Nizam Jentik Jentik, Ayim Razak & Zahid)

bahyim

2) FIONA (Chiwan, Man & Farid Along)

fiona

3) GENZI (Aziz M. Osman, Ilham Abata & Acong Sweetchild)

genzi

4) JOZON (Joey Daud, Norreen Iman & Zul Huzaimy)

jozon

5) KIMBAB (Zulin Aziz, Maryam Kimchi & Nasz Sally)

kimbab

6) LOMPAT (Mark Warn, Ayan Rahman & Danny Soda)

lompat

7) NANAS (Achey, Shashic & Namie)

nanas

8) PUTEH (Ali Puteh, Mamak Puteh & Eda Moin)

puteh

9) RODA (Naqiu, Sharif Zero & Fad Bocey)

roda

10) SAIKO (Ammar Taitan, Azhar Jalil & Aishah Azman)

saiko

Daripada 10 senarai ini, kumpulan manakah yang bakal mengikut jejak langkah Jborn, Heart, Ubi dan Sarkas sebarai juara sekali gus membawa trofi dan hadiah wang tunai utama.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Muzikal Lawak Superstar Musim 5 Tahun 2025: Senarai Peserta, Juri dan Siaran Langsung”

Comments are closed.