Mualim Muda 2025 : Senarai Peserta (Biodata), Barisan Juri Dan Tayangan Di Astro

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Mualim Muda 2025

Program Mualim Muda 2025 menandakan kemunculan semula rancangan realiti berteraskan dakwah di Astro selepas sekian lama menyepi.

Kali terakhir konsep seumpama ini dipersembahkan kepada penonton adalah menerusi program Imam Muda dan Pencetus Umah yang mencipta fenomena tersendiri pada sekitar 2010 hingga 2016.

Selepas hampir sedekad, Mualim Muda hadir sebagai nafas baharu yang menggabungkan elemen kerohanian, dakwah, pendidikan dan pendekatan kontemporari sejajar dengan perkembangan masyarakat masa kini.

Rancangan ini memberi tumpuan kepada usaha membentuk pendakwah muda yang bukan sahaja kukuh dari segi ilmu agama, malah mampu berinteraksi dengan masyarakat menggunakan bahasa yang mudah difahami dan penuh hikmah.

Program Terbaru Astro Menerusi Mualim Muda 2025

Program Mualim Muda 2025 ini menghimpunkan 10 peserta terpilih daripada latar belakang yang berbeza, sekali gus mencerminkan kepelbagaian wajah dakwah di Malaysia.

Kepelbagaian pengalaman dan cara berfikir ini menjadikan setiap episod lebih menarik, di samping memperlihatkan bagaimana mesej Islam boleh disampaikan secara inklusif tanpa mengabaikan prinsip asas agama.

Sepanjang siaran, peserta diuji melalui tugasan mingguan yang mencabar keupayaan mereka dari segi penyampaian, penguasaan ilmu, kepekaan terhada isu semasa serta kemahiran berkomunikasi.

Setiap tugasan bukan sekadar pentas pertandingan, sebaliknya medan pembelajaran yang membentuk keyakinan, kepimpinan dan kematangan diri sebagai pendakwah masa hadapan.

Kesemua peserta akan diadili oleh barisan juri tetap iaitu Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga selebriti Neelofa. Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud bertanggungjawab bagi membimbing para peserta sebagai Mursyid (Pengetua).

Juri Tetap Mualim Muda

Selain itu, pentas program ini akan dikendalikan oleh gabungan personaliti ‘Pencetus Ummah’, Haris Ismail (PU Riz), bersama penyanyi nasyid Fakhrul UNIC yang dipilih sebagai hos.

Mualim Muda 2025 akan mula ditayangkan pada 19 Disember 2025, setiap hari Jumaat, menerusi saluran Astro Astro Oasis (CH106) beserta Astro Prima (CH105). Juga tontonan menerusi striming di Astro One dan Sooka.

Senarai 10 Peserta Mualim Muda 2025

Berikut merupakan senarai 10 peserta yang berjaya dipilih bagi program Mualim Muda 2025.

1) Mualim Muda Amar

Amar
  • Nama : Muhammad Amar Mirza Bin Abd Kadir Jailani
  • Asal : Kota Bharu, Kelantan
  • Umur : 31 Tahun
  • Kerjaya : Pendakwah Bebas, Penulis, Pengasas BeDaie
  • Pendidikan :
  • Tagline : Jiwa Muda, Misi Besar

2) Mualim Muda Anas

Mualim Muda Anas
  • Nama : Anas Bin Mokhtar
  • Asal : Sungai Petani, Kedah
  • Umur : 35 Tahun
  • Kerjaya : Mutawif
  • Pendidikan : Fiqh Wa Usul at Mu’tah di Universiti Jordan
  • Tagline : Sebarkan Ilmu, Semoga Bermanfaat

3) Mualim Muda Ashraf

Ashraf
  • Nama : Muhammad Ashraf Bin Abdul Rahman
  • Asal : Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Umur : 28 Tahun
  • Kerjaya : Usahawan, Mutawif
  • Pendidikan : Jurusan Bahasa Arab di Mesir
  • Tagline : Ibadah Sempurna, Allah Terima

4) Mualim Muda Iddin

Mualim Muda Iddin
  • Nama : Muhammad Iddin Bin Ramli
  • Asal : Rawang, Selangor
  • Umur : 28 Tahun
  • Kerjaya : Pempengaruh, Penulis & Pengarah Syarikat Penerbitan
  • Pendidikan : Pengurusan Zakat Wakaf di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
  • Tagline : Tak Marah, Nasihat

Karya sulungnya, “Hati ke Hati”, mencatat kejayaan membanggakan apabila terjual melebihi 30,000 naskhah sekali gus dinobatkan sebagai buku terlaris.

5) Mualim Muda Iman

Iman
  • Nama : Muhammad Al-Iman Bin Zaidi
  • Asal : Alor Gajah, Melaka
  • Umur : 25 Tahun
  • Kerjaya : Pendidik
  • Pendidikan : Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Undang-Undang Syariah)
  • Tagline : Jiwa Hamba, Terus Belajar

Sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Leeds. Mempunyai perniagaan kedai kopi bernama Kopi Ustaz.

6) Mualim Muda Izzat

Izzat
  • Nama : Izzat Nadzer
  • Asal : Subang Jaya, Selangor
  • Umur : 34 Tahun
  • Kerjaya : Imam Masjid
  • Pendidikan : Diploma Tahfiz Di UIS
  • Tagline : Akhirat Tujuan Utama, Dunia Jangan Dilupa

7) Mualim Muda Luqman

Luqman
  • Nama : Luqman Nur Hakim Bin Sahidi
  • Asal : Seramban, Negeri Sembilan
  • Umur : 29 Tahun
  • Kerjaya : Guru Agama, Pengusaha Restoren
  • Tagline : Ilmu Disemai, Iman Dituai

8) Mualim Muda Saad

Saad
  • Nama : Saad Bin Hermansyahniri
  • Asal : Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Umur : 28 Tahun
  • Kerjaya : Penceramah Bebas
  • Pendidikan : Kuliah Ulum lslamiyyah di Mesir
  • Tagline : Ilmu Teguh, Akhlak Indah

9) Mualim Muda Shamsul

Shamsul
  • Nama : Shamsul Aiman Mua’mar Bin Shamsul Bahrin
  • Asal : Terengganu
  • Umur : 25 Tahun
  • Kerjaya : Mahasiswa
  • Pendidikan : Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam
  • Tagline : Hidup kerana Allah baru comel boh

Sedang melanjutkan pelajar di bidang Ijazah Sarjana dalam Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

10) Mualim Muda Zaimi

Zaimi
  • Nama : Muhammad Ruzaimi Bin Muhammad Sani
  • Asal : Kluang, Johor
  • Umur : 22 Tahun
  • Kerjaya : Graduan Universiti
  • Pendidikan : Diploma Pengurusan Dakwah di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now