Pasar malam Nilai di Negeri Sembilan sememangnya menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong dari kawasan sekitar.
Suasana meriah, deretan gerai berwarna-warni dan aroma makanan yang menggoda menjadikan aktiviti ini antara yang paling dinanti setiap hari. Setiap tapak pasar malam di Nilai mempunyai tarikan tersendiri yang membuatkan pengunjung tidak pernah jemu untuk datang semula.
Bagi penduduk tempatan, pasar malam bukan sekadar tempat membeli makanan dan barang keperluan harian. Ia juga menjadi lokasi lepak bersama keluarga, kawan-kawan dan jiran selepas seharian bekerja.
Ramai yang datang bukan semata-mata untuk membeli, tetapi juga menikmati suasana santai sambil mencuba pelbagai juadah. Dari nasi lemak, ayam gunting, apam balik, nasi goreng dan semuanya ada di satu tempat.
Bandar Nilai mempunyai beberapa tapak pasar malam yang aktif sepanjang minggu. Antara yang paling popular termasuk pasar malam X Park Sendayan, Nilai Perdana, dan pasar malam Taman Semarak.
Setiap lokasi ini menawarkan suasana berbeza dengan peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan menarik. Selain makanan, ada juga jualan lain seperti pakaian, aksesori, mainan, hingga barangan rumah dengan harga yang berpatutan.
Menariknya, setiap tapak pasar malam di Nilai diuruskan dengan baik dan sentiasa meriah dengan pengunjung. Kebanyakan peniaga sudah lama berniaga di sini dan dikenali ramai oleh pelanggan tetap. Faktor kebersihan dan susun atur gerai juga menjadikan pengunjung lebih selesa untuk berjalan dan membeli-belah tanpa sesak.
Kalau anda berada di Nilai, memang rugi kalau tidak singgah ke mana-mana pasar malamnya. Setiap minggu, suasana berbeza dapat dirasai dengan pilihan makanan dan barangan baru. Kemeriahan dan keramahan peniaga menjadikan pasar malam di Nilai antara yang terbaik di Negeri Sembilan untuk dikunjungi.
Senarai Lokasi Pasar Malam Nilai Di Negeri Sembilan Tahun 2026
Berikut merupakan senarai penuh bagi tapak dan lokasi Pasar Malam Nilai di Negeri Sembilan untuk tahun 2026. Beroperasi dari pukul 5.30 petang hingga 10.30 malam mengikut lokasi.
Isnin
- Ulu Beranang
- Broga
- Uptown Harian D’Sora Hotel, Bandar Sri Sendayan
- Uptown Nilai Square
- Penjaja Setempat Metropark, Sendayan
- Tapak Penjaja Setempat Sri Pinang Bandar Ainsdale
- Program Bazar Rakyat di 9 Avenue
Selasa
- Pusat Komersial Anika, Bandar Ainsdale
- Taman Semarak 2
- Uptown Harian D’Sora Hotel, Bandar Sri Sendayan
- Jalan Tiara Sendayan Biz 2
- Metropark, Sendayan
- Tapak Penjaja Setempat Sri Pinang Bandar Ainsdale
- Kuarters KLIA
Rabu
- Labu Batu 10
- Medan Nusari
- Kolej Lagenda
- Uptown Harian D’Sora Hotel, Bandar Sri Sendayan
- Metropark, Sendayan
- Tapak Penjaja Setempat Sri Pinang Bandar Ainsdale
Khamis
- Nilai Perdana
- Uptown Harian D’Sora Hotel, Bandar Sri Sendayan
- Metropark, Sendayan
- Tapak Penjaja Setempat Sri Pinang Bandar Ainsdale
Jumaat
- X Park Sendayan
- Metropark, Sendayan
- Bandar Baru Nilai
- Uptown Harian D’Sora Hotel, Bandar Sri Sendayan
- Uptown Mercato Bandar Enstek
- Carboot Sale
- Uptown Nilai Square
- Penjaja Setempat Metropark, Sendayan
- Tapak Penjaja Setempat Sri Pinang Bandar Ainsdale
Sabtu
- X Park Sendayan
- Bandar Tasik Senangin
- Uptown Harian D’Sora Hotel, Bandar Sri Sendayan
- Uptown Mercato Bandar Enstek
- Carboot Sale
- Uptown Nilai Square
- Penjaja Setempat Metropark, Sendayan
- Tapak Penjaja Setempat Sri Pinang Bandar Ainsdale
- Taman Semarak 2
- Suria N3
Ahad
- Mantin
- Uptown Harian D’Sora Hotel, Bandar Sri Sendayan
- Desaria
- Carboot Sale
- Uptown Nilai Square
- Penjaja Setempat Metropark, Sendayan
- Tapak Penjaja Setempat Sri Pinang Bandar Ainsdale
- Suria N3
Semoga perkongsian bagi lokasi dan tapak pasar malam Nilai ini bermanfaat untuk anda yang ingin datang dan berkunjung disini bagi mendapatkan juadah makanan dan minuman.
Sumber : https://www.mbs.gov.my/













1 thought on “Tapak Lokasi Pasar Malam Nilai, Negeri Sembilan Tahun 2026”
Comments are closed.