Sebagai tanda solidari, seorang pengguna media sosial Norsalim Ali telah mencipta satu lagu khas berjudul Justice For Zara Qairina. Kini lagu tersebut tular di seluruh media sosial.
Sehingga kini, sebanyak 3.5 juta kali lagu ini dimainkan di laman TikTok milik beliau @NorsalimAli dan 65k tontonan menerusi laman youtube. Bukan itu sahaja, lagu Justice For Zara Qairina ini turut dimainkan di corong-corong radio seluruh Malaysia.
“Justice For Zara Qairina” tular kerana berlaku kematian tragik seorang pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, yang menimbulkan banyak persoalan serius dan kini masih belum terungkai.
Bukan sahaja tentang punca kematian, tetapi juga keselamatan dalam sekolah asrama serta ketelusan dalam siasatan. Sebagai tanda solidariti, maka keluarlah lagu ini juga supaya masyarakat terus tidak senyap tentang isu ini.
Lirik Lagu Justice For Zara Qairina
Justice For Zara Qairina
Irama rap melihat kejatuhan
Usiamu baru tiga belas
Mimpi masih berlari di padang luas
Tapi malam itu semuanya kelam
Bulan jadi saksi. Kau tak pernah pulang
Rap
Kata mereka, kau jatuh sendiri
Tapi benarkah itu realiti?
Bila tengkuk mu bengkok, tubuh mu mati dan tapak kaki kiri kau berdarah sunyi
Tiada jeritan, tiada cahaya, kau rebah dalam gelap derita
Siapa yang tahu apa yang terjadi? Siapa yang kejam? Siapa bersalah kini?
Korus
Justice for Zara Qairina bukan sekadar nama di pusara
Tangisan ibu jadi nyala
Kita bangkit demi kebenaran nyata
Justice for Zara Qairina di langit Sabah yang saksi luka
Buli itu pembunuhan senyap!
Hari ini suara kami takkan senyap
Rap
Kau bukan cerita untuk dilupa
Kau jeritan buat semua yang lena
Di asrama, tempat sepatutnya selamat
Kini jadi pentas duka yang gelap
Kaki kanan lurus, kiri terlipat
Kepala terkulai, tubuh mu terlentang!
Mana cikgu? Mana warden? Mana suara bila Zara ditinggalkan?
Mana suara bila Zara ditinggalkan
Kami juga anak-anak sekolah
Kami bukan boneka yang diperah
Jangan sembunyi kebenaran
Kami tutup satu pembelaan
Sumber : notaria.my












