Setiap kali masuk tahun baharu, mesti ada satu benda yang tak pernah gagal muncul iaitu lawak tahun baru termasuk juga untuk tahun ini.
Ada yang betul-betul kelakar sampai boleh buat orang tercekik air kopi, ada juga yang… hambar tahap boleh dengar bunyi cengkerik.
Tapi itulah keunikan lawak tahun baru. Walaupun topiknya hampir sama setiap tahun seperti azam tak jadi, gym penuh Januari je, diet bermula “tahun depan”, orang tetap tunggu dan tetap kongsi.
Ada lawak yang kena tepat dengan situasi semasa, ada juga yang cuba keras sangat nak kelakar sampai jadi awkward. Tapi selagi ada yang baca, gelak, atau sekurang-kurangnya senyum sinis, misi lawak tu dah berjaya.
Dalam senarai ni, anda akan jumpa pelbagai jenis lawak tahun baru terkini, daripada yang spontan, yang ‘paksa gelak’, sampai yang buat anda terfikir, “eh… ni macam pasal aku je.”
Jadi kalau anda tengah cari bahan hiburan ringan, nak update status, atau sekadar nak tahu lawak tahun baru versi paling terbaru (dan paling hambar pun ada), teruskan membaca.
Koleksi Lawak Tahun Baru Yang Kelakar Dan Kadang-Kadang Hambar
Jangan masuk tandas pukul 11.50 malam, risau akan keluar tahun depan
Aku bukan nak riak, tapi aku dah cukup duit untuk tidak lagi bekerja tahun 2025 ni
Kalau beli roti tahun ni, boleh tahan sampai tahun depan ni
Isi minyak petrol tahun ni, boleh tahan sampai tahun ni
Malam ni kalau bini suruh basuh pinggan, buat cepat-cepat. Jangan tunggu esok. Nanti dia bising cakap pinggan tahun lepas pun tak basuh lagi
Member sambut hari jadi pada 31/12 dan baru masuk umur 39 tahun. Esok terus jadi 40 tahun dah. Cepat je setahun berlalu
Jangan keluar malam nanti, risau tahun depan baru boleh balik rumah
Jangan tidur malam ni, risau tahun depan baru bangun
Risau kalau naik flight 31 Disember, tahun depan baru sampai ke destinasi ni
Ada lagi lawak-lawak tahun baru yang kelakar? Kongsilah dengan kami di ruangan komen dibawah.












