Perasan tak, kadang-kadang baru sekali guna minyak masak, tapi warna dia cepat jadi hitam? Atau bila goreng makanan, rasanya lain macam? Sebenarnya, semua ini berkait rapat dengan jenis dan gred minyak masak yang kita guna.
Ramai tak tahu, minyak masak juga ada gred tertentu yang menentukan kualiti dan rasa makanan. Salah pilih minyak, bukan saja makanan jadi kurang enak, tapi boleh juga menjejaskan kesihatan.
Di Malaysia, minyak masak dijual dalam pelbagai jenis dan gred. Ada yang sesuai untuk gorengan ringan, ada juga yang lebih baik untuk menumis atau masakan berkuah.
Setiap gred minyak mempunyai tahap penapisan dan kandungan yang berbeza. Ini mempengaruhi warna, bau, rasa serta ketahanannya bila digunakan berulang kali. Sebab itu penting untuk tahu beza setiap gred sebelum beli di pasar atau pasar raya.
Ramai pengguna lebih fokus pada harga, tapi jarang ambil tahu tentang label dan gred pada botol minyak. Padahal, maklumat itu boleh bantu kita pilih minyak yang lebih tahan panas dan tak cepat rosak. Malah, gred minyak yang baik boleh buat makanan lebih rangup, wangi dan sihat.
Kalau anda jenis yang suka beli groceries sendiri, ini ilmu penting untuk tahu. Tak semua minyak masak sesuai untuk semua jenis masakan. Ada yang cepat berasap, ada yang boleh guna banyak kali tanpa ubah rasa.
Dengan faham tentang gred minyak masak, anda boleh pilih dengan lebih bijak dan jimat. Lepas ini, tak ada lagi masalah minyak cepat hitam atau rasa makanan pelik.
Jenis Gred Minyak Masak Di Malaysia Yang Menggunakan Label CP
Di Malaysia terdapat beberapa gred minyak masak yang dijual di pasaran dimana menentukan kualiti minyak masak itu sendiri. Menggunakan label CP iaitu Cloud Point. Lagi rendah CP, lagi berkualiti.
1. CP6 – Minyak Masak Gred Premium dan Lebih Sihat
Minyak masak CP6 tergolong dalam kategori gred tinggi dan dianggap paling sihat antara semua jenis minyak sawit. Ia mengandungi vitamin E semula jadi dan tocotrienols yang baik untuk kesihatan jantung serta berfungsi sebagai antioksidan.

Minyak ini juga mempunyai kestabilan tinggi pada suhu rendah, menjadikannya tidak mudah beku atau rosak. Boleh dapatkan minyak masak CP6 disini.
Selain itu, CP6 menghasilkan kurang buih semasa digunakan dan tidak meninggalkan bau tengik walaupun disimpan lama.
Disebabkan teksturnya yang halus dan ringan, minyak CP6 sesuai untuk penyediaan salad dressing, menumis ringan serta masakan yang tidak memerlukan suhu tinggi.
2. CP7 – Pilihan Umum untuk Masakan Harian
Minyak masak CP7 ialah jenis yang paling banyak digunakan di dapur rakyat Malaysia. Ia mengandungi sedikit lebih banyak asid lemak berbanding CP6, menjadikannya lebih sesuai untuk menumis dan menggoreng.
Walaupun minyak ini mudah berbuih, ia masih stabil pada suhu memasak sederhana dan menghasilkan rasa yang sedap pada makanan.
CP7 seimbang dari segi kualiti dan harga, sebab itu ramai pengguna memilihnya untuk kegunaan harian. Ia boleh digunakan untuk memasak lauk-pauk, menggoreng ikan, ayam, atau kuih.

Namun, sebaiknya elakkan guna berulang kali supaya kualitinya tidak menurun.
3. CP8 – Gred Minyak Paling Rendah dan Kurang Tahan Panas
Minyak masak CP8 biasanya digunakan dalam bentuk minyak paket yang lebih murah di pasaran. Ia tergolong dalam gred paling rendah dan cepat berbuih apabila dipanaskan.
Selain itu, warna minyak ini juga mudah bertukar menjadi hitam selepas digunakan beberapa kali. Kandungan asid lemaknya lebih tinggi, menjadikan minyak ini tidak sesuai digunakan berulang kali kerana boleh menjejaskan rasa dan kesihatan.
CP8 sesuai untuk kegunaan sementara atau sekali masak, contohnya bagi peniaga kecil atau individu yang ingin berjimat. Walaupun harganya rendah, penting untuk guna secara bijak agar makanan tetap selamat dan sedap dimakan.

Petua Penggunaan Minyak Masak
1) Elakkan menggunakan minyak yang sama berulang kali
Minyak masak yang digunakan berulang kali akan kehilangan nutrien penting dan menghasilkan bahan berbahaya seperti radikal bebas. Jika minyak sudah bertukar warna menjadi gelap, likat atau berbau tengik, ia menandakan minyak tersebut telah rosak.
Gunakan minyak baru bagi memastikan masakan lebih sihat dan tidak menjejaskan rasa makanan. Selain itu, minyak lama juga boleh menyebabkan makanan cepat hangus dan tidak rangup.
2) Buang minyak yang mengeluarkan banyak asap ketika dipanaskan
Apabila minyak mula mengeluarkan asap dengan cepat, itu tanda titik asap (smoke point) minyak telah tercapai. Pada tahap ini, struktur kimia minyak mula berubah dan boleh menghasilkan sebatian toksik yang berbahaya untuk tubuh.
Jangan teruskan memasak dengan minyak seperti ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung dan saluran darah. Sebaiknya, panaskan minyak pada suhu sederhana untuk elak cepat rosak.
3) Minyak untuk menggoreng makanan berdarah hanya boleh digunakan sekali sahaja
Minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan seperti ayam, ikan atau daging tidak sesuai digunakan semula. Ini kerana sisa darah dan bahan perapan boleh bercampur dengan minyak, lalu menyebabkan pembentukan bau yang tidak menyenangkan serta rasa pahit pada makanan seterusnya.
Selain itu, sisa tersebut juga boleh mempercepatkan proses pengoksidaan minyak. Untuk kekal selamat, buang minyak selepas sekali guna dan gunakan minyak baru bagi memastikan masakan lebih bersih, segar dan sihat.
Sumber : SWCorp Malaysia












