Kelayakan Piala Asia 2027 : Siaran Langsung Nepal vs Malaysia (Live Streaming)

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
nepal vs malaysia kelayakan piala asia 2027

Perlawanan Nepal vs Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 sekali lagi mencuri perhatian peminat bola sepak negara tanah air.

Aksi ini berlangsung pada 18 November 2025, hari Selasa jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Suasana dijangka luar biasa kerana perlawanan ini memberi kesan besar kepada peluang Malaysia untuk terus kekal di puncak kumpulan.

Meskipun bermain di Bukit Jalil, perlawanan ini sebenarnya menjadikan Nepal sebagai tuan rumah dan pasukan negara merupakan pasukan pelawat. Ini kerana atas faktor stadium, Nepal tidak bermain di stadium mereka sendiri.

Kedudukan Semasa Kedua-Dua Pasukan

Dalam kempen kelayakan Piala Asia setakat ini, Malaysia kini berada di tangga teratas dengan mengumpul 12 mata, meninggalkan Vietnam di tempat kedua.

Kedudukan itu memberi kelebihan psikologi kepada skuad Harimau Malaya yang sedang berada dalam prestasi meyakinkan. Tambahan pula, beraksi di depan ribuan penyokong sendiri membuatkan keyakinan pemain semakin tinggi.

Aksi menentang Nepal ini merupakan perlawanan kelima bagi kedua-dua pasukan dalam kumpulan F. Walaupun Nepal masih berusaha keras, mereka belum berjaya meraih sebarang mata.

Semua perlawanan sebelum ini berakhir dengan kekalahan, sekali gus menambahkan tekanan kepada pasukan Nepal untuk bangkit. Namun, bermain di Bukit Jalil bukan tugas mudah kerana suasana stadium selalu menyebelahi pasukan negara.

Ini juga menjadi pertemuan kedua bagi Malaysia dan Nepal dalam saingan ini. Pertemuan pertama pada Mac lalu berakhir dengan kemenangan 2-0 untuk Malaysia.

Kemenangan itu menjadi bukti bahawa Harimau Malaya mempunyai kelebihan dari segi tempo permainan dan penyudah. Peminat pastinya berharap keputusan hampir sama dapat diulang pada perlawanan kali ini.

Walaupun rekod berpihak kepada Malaysia, perlawanan tetap perlu diambil serius. Nepal mungkin hadir dengan strategi bertahan rapat sambil menunggu peluang melakukan serangan balas.

Malaysia pula perlu mengawal permainan sejak awal untuk mengelakkan tekanan di separuh masa kedua. Gol awal mampu membuka ruang dan mendorong Nepal untuk bermain lebih terbuka.

nepal vs malaysia kelayakan piala asia 2027

Siaran Langsung Nepal vs Malaysia Dan Live Streaming

Peminat yang tidak dapat hadir ke stadium masih boleh mengikuti aksi ini melalui Astro Arena Bola 803 dan saluran RTM di TV Okey 146.

Bagi penonton digital pula, perlawanan disiarkan secara live streaming di Sooka atau RTM Klik secara percuma. Pilihan tontonan yang mudah memberi peluang kepada semua peminat untuk menyokong Malaysia dari mana sahaja.

Perlawanan Malaysia vs Nepal ini bukan sekadar kutipan tiga mata. Ia adalah medan untuk terus mengukuhkan identiti Harimau Malaya sebagai pasukan yang semakin matang.

Jika Malaysia mengekalkan disiplin dan semangat yang sama seperti perlawanan lalu, peluang untuk kekal di puncak pasti lebih cerah. Semoga malam di Bukit Jalil menjadi satu lagi detik manis untuk penyokong negara.

Keputusan Perlawanan

FT : Nepal (0) – (1) Malaysia

  • Faisal Halim 56′

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Arena Bola 803 & TV Okey
Live Streaming : Sooka | RTM Klik

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment