Kad Kredit: Bayar Outstanding, Statement atau Minimum? Ini Jawapan Paling Mudah Faham

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
kad kredit nak bayar outstanding, statement balance

Kad kredit memang memudahkan urusah seharian. Nak beli barang, nak tempah tiket, bayar bil kecemasan, semua boleh swipe dulu. Tapi bila hujung bulan sampai dan penyata keluar, ramai mula pening kepala.

Soalan yang selalu bermain di fikiran ialah sebenarnya kad kredit ni kena bayar yang mana satu? Outstanding ke, statement ke, atau cukup minimum payment je?

statement kad kredit

Kalau silap faham bab ni, tak mustahil hutang kad kredit boleh jadi makin besar tanpa sedar. Jadi kali ni kita bincang secara santai dan ringkas, supaya lepas baca ni, korang tak lagi keliru bila tengok penyata kad kredit.

Tapi sebelum tu, jom kita tengok dulu apakah yang dimaksudkan dengan Oustanding Balance, Statement Balance dan Minimum Payment.

Apa Maksud Outstanding Balance?

Outstanding balance ni ialah jumlah hutang semasa dalam kad kredit. Ia termasuk:

  • Perbelanjaan dalam penyata bulan ini
  • Perbelanjaan selepas tarikh statement
  • Kadang-kadang termasuk caj tertentu yang belum diproses

Maksudnya, jumlah outstanding ni sentiasa berubah-ubah. Hari ni mungkin RM2,000, esok boleh jadi RM2,300 kalau ada transaksi baru yang dibuat selepas itu.

Ramai fikir kena bayar outstanding penuh setiap bulan. Sebenarnya tak wajib. Bayar outstanding memang tak salah, tapi ia macam bayar awal. Tak ada kelebihan besar pun kalau dibandingkan dengan bayar statement balance.

Apa Itu Statement Balance?

Statement balance ni yang paling penting untuk difahami. Ini ialah jumlah yang bank rekodkan dalam penyata bulanan. Ia hanya melibatkan transaksi dari tempoh kitaran bil yang lepas.

Contoh mudah:

  • Tarikh statement: 25 haribulan
  • Jumlah statement: RM1,500
  • Transaksi selepas 25 haribulan tak termasuk dalam jumlah ini

Kalau korang bayar penuh statement balance sebelum due date, bank tak akan kenakan interest langsung. Inilah rahsia guna kad kredit dengan betul tanpa terbeban hutang.

Boleh kata, ini cara paling sihat dan paling selamat kalau guna kad kredit.

Minimum Payment: Kenapa Ramai Terperangkap?

Minimum payment pula ialah jumlah paling rendah yang bank minta, biasanya sekitar 5% daripada statement atau nilai minimum tertentu (contoh RM50).

Memang nampak ringan:

  • Statement RM1,500
  • Minimum payment cuma RM75 (5%)

Tapi di sinilah ramai yang terperangkap. Bila hanya bayar minimum:

  • Interest akan dikenakan ke atas baki
  • Hutang jadi makin lambat habis
  • Jumlah keseluruhan yang dibayar jadi lebih mahal

Bayar minimum ni bukan salah, tapi ia bukan solusi jangka panjang. Anggap ia sebagai jalan kecemasan sahaja bila betul-betul sempit. Tapi adalah sebaiknya, elakkan bayar minimum payment.

jangan kad kredit

Jadi, Patut Bayar Yang Mana?

Kalau nak ringkaskan jawapan:

  • Ada duit & nak elak interest?
    • Bayar statement balance penuh
  • Tak cukup duit bulan ni?
    • Bayar lebih dari minimum, walaupun tak mampu penuh
  • Nak kosongkan terus kad kredit?
    • Bayar outstanding balance

Susah sangat, bayar Statement Balance je. Apa yang paling tak digalakkan ialah biasakan bayar minimum setiap bulan. Lama-lama hutang jadi beban tanpa kita sedar.

Tip Guna Kad Kredit Dengan Lebih Bijak

Sedikit perkongsian ringkas berdasarkan pengalaman ramai pengguna kad kredit:

  1. Anggap kad kredit macam kad debit bila mana, hanya swipe bila tahu boleh bayar penuh hujung bulan
  2. Set reminder due date supaya tidak lambat bayar walau sehari yang mana boleh kena caj lewat
  3. Jangan guna lebih dari kemampuan. Had kredit tinggi bukan bermaksud kena guna semua. Tak guna pun takpa
  4. Semak statement setiap bulan. Kadang-kadang ada caj yang kita terlepas pandang
kad kredit

Kesimpulan

Kad kredit sebenarnya bukan musuh, tapi cara guna yang salah boleh buat ia jadi punca masalah kewangan. Kalau nak hidup lebih tenang, ingat satu perkara mudah: bayar statement balance penuh setiap bulan.

Minimum payment hanya untuk kecemasan, manakala outstanding pula sesuai kalau nak kosongkan hutang lebih awal. Bila faham beza ni, korang dah selangkah ke depan dalam urus kewangan dengan lebih bijak.

Harap perkongsian ni boleh bantu dan elakkan lebih ramai orang dari terperangkap dengan hutang kad kredit tanpa sedar. Kalau rasa bermanfaat, kongsikan juga dengan kawan-kawan lain. Mana tahu, boleh selamatkan dompet orang lain juga

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now