Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) tidak lagi menyediakan slip cukai jalan (road tax) dalam bentuk bercetak kepada pemilik kenderaan persendirian.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pos Malaysia Berhad menerusi satu hantaran rasmi di laman Facebook mereka.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan berkenaan melibatkan kenderaan persendirian yang dimiliki oleh warganegara Malaysia. Selepas tarikh tersebut, slip fizikal tidak akan dikeluarkan lagi oleh pihak JPJ.
Dapatkan Slip Cukai Jalan (Road Tax) Sekarang
Bagi individu yang masih ingin mendapatkan salinan cukai jalan dalam bentuk fizikal, mereka dinasihatkan supaya memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan di pejabat pos berhampiran sebelum tarikh 1 Februari 2026.
BACA JUGA : Waktu Operasi Pejabat Pos Dan Pos Laju Di Malaysia
Sebagai alternatif, maklumat cukai jalan atau road tax boleh diakses secara digital melalui aplikasi MyJPJ. Pengguna hanya perlu membuka bahagian profil, memilih kenderaan yang didaftarkan, dan butiran cukai jalan akan dipaparkan secara terus dalam aplikasi tersebut.












