Bagi anda yang ingin datang bercuti di Temerloh dan sedang mencari tempat penginapan, mungkin anda boleh tengok sini senarai 8 hotel menarik di Temerloh yang dekat dengan bandar.
Temerloh bukanlah sebuah bandar besar jika dibandingkan dengan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan tetapi ianya merupakan bandar kedua terbesar selepas Kuantan. Jadi tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil.
Pelbagai tujuan anda boleh datang untuk bercuti disini. Mungkin anda ingin pergi tempat-tempat menarik seperti tengok gajah di Kuala Gandah, monumen Titik Tengah Semenanjung, mandi di Taman Tema Air Kubang Gajah atau anda datang sini untuk nikmat keaslian Patin Masak Tempoyak.
Jadi sambil-sambil datang ke Temerloh, anda juga bercadang untuk bermalam di sini. Oleh itu, kenalah dapatkan tempat penginapan yang terbaik dan yang penting selesa kan.
8 Hotel Terbaik Di Temerloh Untuk Tahun 2025
Dalam senarai ini, kebanyakkan hotel adalah yang berdekatan dengan pusat bandar Temerloh dan tidak jauh dengan tempat-tempat tarikan menarik yang ada di sekitar Temerloh.
1) Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia Temerloh antara hotel yang pertama dinaikkan di disini. Walaupun sudah laman dibangunkan, tetapi infrastruktur masih utuh dan nampak cantik lagi.
Hotel ini juga satu-satunya yang ada di dalam bandar ini menawarkan kolam mandi untuk kanak-kanak bersuka-ria. Jadi yang bawa anak kecil, boleh la pilih hotel ini untuk bermalam.
Kedudukan hotel ini juga sangat strategik. Boleh jalan kaki je kalau nak pergi Pekan Sehari Temerloh setiap Ahad, lepak Esplanade atau nak pergi cari makanan viral di car boot sale yang dibuka setiap Sabtu.
2) Hotel Apsara Temerloh Gateaway

Antara hotel terbaru yang kini berada di Temerloh. Mempunyai bangunan khas yang dibaik pulih dan dijadikan hotel. Jadi kesemua barangan masih baru termasuk perkakas dalam bilik hotel.
Hotel Apsara juga berada dalam kawasan bandar Temerloh. 5 minit jalan ke bandar baru Temerloh dan sehingga 10 minit berjalan kaki untuk ke bandar lama Temerloh. Lokasi strategik.
Mempunyai bilik bergaya dengan pemandangan indah, bersantai di kafe mesra di hotel, dan terokai budaya serta tarikan tempatan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan Wi-Fi percuma.
3) Hotel Jelai Temerloh

Hotel ini telah pun dibaik pulih dengan baiknya bagi tujuan keselesaan kepada mereka yang ingin bermalam di sini. Dari hotel ini anda boleh nikmat pemandangan urban pusat bandar Temerloh kerana ianya terletak di tengah-tengah pusat bandar.
Disini sekitar Hotel Jelai juga banyak tempat-tempat makan yang best. Anda jangan lupa untuk cuba Roti Nan Melayu yang ada dibawah hotel ni. Sedap. Wifi percuma juga disediakan.
BACA JUGA : 10 Tempat Menarik Di Temerloh Wajib Anda Datang
4) U Design Hotel

Sebuah lagi hotel dengan lokasi yang menarik iaitu di U Hotel. Disekelilingnya terdapat pelbagai kemudahan terutamanya kalau nak isi perut la. Anda boleh jalan kaki sahaja, tak perlu naik kereta pun.
Bilik hotel yang lengkap dengan pendingin hawa dengan tawaran bilik yang selesa. Mana yang nak balik kampung untuk beraya tapi kena duduk hotel, boleh cuba disini. Kedai Patin Tempoyak, Port Rodong pun dekat je. Boleh la layan ikan patin hari-hari.
5) Palz Empire Hotel

Sebuah hotel baru yang diubah suai dari lot kedai kepada tempat penginapan yang selesa. Lokasi juga tidak jauh dari pusat bandar Temerloh.
Selain itu, pada tingkat bawah di Palz Empire Hotel, terdapat restoren serta kedai kopi. Jadi anda tidak perlu rungsi jika anda lapar pada waktu malam.
6) Big Tree Hotel

Big Tree Hotel Temerloh jadi pilihan ramai pelancong apabila datang ke sini. Mempunyai bilik yang moden, bersih dan dilengkapi kemudahan asas seperti penghawa dingin, WiFi percuma serta parking percuma untuk tetamu.
Hotel ini juga berdekatan dengan pelbagai tempat makan popular dan tarikan utama di bandar Temerloh. Walaupun tiada restoran dalam hotel, kawasan sekitarnya mudah diakses dan meriah pada waktu malam.
7) Merrinton Hotel

Antara hotel yang menjadi pilihan utama orang ramai apabila datang di Temerloh iaitu di Merrinton Hotel. Ianya sebuah hotel baru yang terletak di barisan lot kedai.
Selain daripada bilik yang selesa, lokasi hotel ini juga strategik. Juga disediakan air Cuckoo dan juga Wifi secara percuma. Disekelilingnya, anda boleh dapatkan akses kedai makan yang pelbagai. Boleh cuba Warung Acu, Sidin Cafe, Steambot dan banyak lagi.
Selain itu, masjid daerah juga berdekat dengan hotel ini serta Taman Tema Air Kubang Gajah. Walking distance sahaja. Kalau nak ke pusat bandar, kena naik kereta sikit lah.
8) Hotel Green Park

Selepas Seri Malaysia, Hotel Green Park juga antara hotel yang mula-mula dibangunkan di Temerloh. Tapi reka bentuk semua masih cantik dan nampak ekslusif.
Ianya juga antara hotel dan bangunan tertinggi di Temerloh. Jika anda naik tingkat atas sekali anda boleh nikmati pandangan seluruh bandar Temerloh.
Jarak antara hotel dan pusat bandar tidak sampai 2km. Jadi anda boleh drive lebih kurang 5 minit sahaja. Disini juga disediakan ruang parkir yang banyak dan percuma bagi yang menginap disini.
Isu keselamatan tiada masalah, kerana hotel ini berada di dalam kawasan tersendiri dan dijaga.
Jadi bagi anda yang sedang mencari penginapan hotel di Temerloh, anda boleh cuba mana-mana pilihan seperti diatas. Setiap hotel menawarkan fasiliti dan kelebihan tersendiri. Jom datang Temerloh!












