Saksikan drama Toksik Cinta yang akan mula bersiaran pada 27 Oktober 2025 secara eksklusif hanya di Tonton. Anda boleh strim di https://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.
Drama 30 episod yang ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Erma Fatima dan diarahkan oleh Pali Yahya. Naskah ini merupakan terbitan Rumah Karya Citra.
Episod : 30
Tayangan : Tonton Original
Tarikh : Mulai 27 Oktober 2025 (Isnin – Khamis)
Penulis Skrip : Erma Fatima
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Rumah Karya Citra

OST Drama
Tajuk Lagu : Fantasia
Penyanyi : Jimi
Komposer : Iqie Hugh
Lirik : Iqie Hugh
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat ialah Riena Diana, Aqasha Keith Foo, Christina Suzanne, Dayang Areeda dan Ruzana Ibrahim.
Dibantu oleh nama-nama seperti Naque Ariffin, Atoi Tohet, Tony Eusoff, Esma Daniel, Hasnul Rahmat, Vanida Imran, Izzue Islam dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Riena Diana sebagai Karmila
- Aqasha sebagai Alfi
- Keith Foo sebagai Amsyar
- Christina Suzanne sebagai Farhana
- Dayang Areeda sebagai Eez
- Ruzana Ibrahim sebagai Anggun
- Shahidan Izwan sebagai Syamiel
- Naque Ariffin sebagai Ramli
- Atoi Tohet sebagai Hairi

Sinopsis Drama Toksik Cinta
Drama Toksik Cinta mengisahkan tentang Alfi iaitu seorang pengarah filem terkenal yang bertemu dengan Karmila, seorang pempengaruh serta pelakon baharu di lokasi penggambaran.
Pertemuan itu menumbuhkan rasa cinta antara mereka hingga akhirnya membawa ke alam perkahwinan. Namun kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila Karmila menuntut cerai setelah mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan.
Dengan sokongan peguamnya, Amsyar, Karmila membawa kes tersebut ke mahkamah.
Toksik Cinta bukan sekadar kisah perkahwinan yang runtuh, tetapi turut mengajak penonton menelusuri sempadan antara cinta dan obsesi, mangsa dan pelaku, serta kebenaran dan persepsi.












