Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Di Astro Ria

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Thariq Ridzuwan

Saksikan drama terbaru terbitan Astro berjudul Thariq Ridzuwan: His Treasure yang akan menemui penonton pada 23 Julai 2025. Bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di Astro Ria serta secara online di Sooka.

Drama 20 episod adaptasi dari novel karya Huda Najwa ini merupakan arahan Eyra Rahman. Skrip ditulis oleh panel MIG Production sendiri yang juga merupakan penerbit untuk drama ini.

Episod : 20
Tayangan : Mulai 23 Julai 2025 (Rabu – Khamis)
Masa : 9.00 PM
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Panel Skrip MIG
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Drama Thariq Ridzuwan

OST Drama

Tajuk : P Ramlee Saloma
Penyanyi : ALPHA
Komposer : Justin Seow, Mohsein Kush, RFE
Penulis Lirik : Justin Seow, Mohsein Kush, RFE

Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Thariq Ridzuwan ini seperti Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon, Darien Aeldra, Edaman Othman, Thompson Goh, Nasuha Sulaiman, Mia Sara Shauki, Alicia Amin, Reen Rahim, Manan Sulaiman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Meerqeen sebagai Thariq Ridzuwan
  • Qasrina Karim sebagai Husniya Radwa
  • Evertts Gomes seabgai Farez
  • Noki K-Clique sebagai Tengku Adrean
  • Afiq Hamidon sebagai Tengku Daniel
  • Darien Aeldra sebagai Haider
  • Edaman Othman sebagai Megat Hafiz
  • Thompson Goh sebagai Kevin
  • Nasuha Sulaiman sebagai Thalia
  • Mia Sara Shauki sebagai Aina
  • Ibad Yaala sebagai Emir Aiman
Drama Thariq Ridzuwan Astro

Sinopsis Drama Thariq Ridzuwan

Drama Thariq Ridzuwan mengisahkan tentang Thariq iaitu seorang ejen elit sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri.

Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.

Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka.

Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Di Astro Ria”

Leave a Comment