Jangan lupa untuk saksikan drama Takdir Cinta Terlarang yang akan mula bersiaran pada 23 September 2025. Ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.
Selain menonton di tv, naskah ini turut akan ditayangkan menerusi platform iQIYI. Jadi anda boleh strim secara online di laman web https://www.iq.com/ atau menggunakan aplikasi mobile pada jam 8.00 malam sejurus selepas tamat tayangan di tv
Drama 28 episod yang menggantikan Hospital Loveline ini merupakan tulisan Rehal Nuharis bersama Bikash Nur Idris. Diarahkan oleh pengarah terkenal Idora Abdul Rahman dan penerbitan daripada Juita Viden.
Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3
Tarikh : Mulai 23 September 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis & Bikash Nur Idris
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Juita Viden

Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon utama dalam drama siri ini ialah Jazmy Juma, Shaza Bae, Tony Eusoff dan Norish Karman.
Mereka dibantu oleh lakonan daripada Julia Farhana Marin, Bamba, Darien Aeldra, Azqa Aziz, Amalina Arham dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Jazmy Juma sebagai Adham
- Shaza Bae sebagai Sarah
- Tony Eusoff sebagai Kamarul
- Norish Karman sebagai Hatiqah
- Julia Farhana seabgai Iris
- Darien Aeldra sebagai Asyraf
- Azqa Aziz sebagai Ratna
Sinopsis Drama Takdir Cinta Terlarang
Drama Takdir Cinta Terlarang mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga mula porak-peranda apabila seorang ayah membuat keputusan mengejut dengan mengahwini Sarah iaitu bekas kekasih anak lelakinya sendiri.
Namun, tanpa diduga, Sarah akhirnya terjerat dalam hubungan terlarang bersama anak tirinya, lalu mencetuskan cinta tiga segi penuh konflik dan rahsia tersembunyi.
Ketika pengkhianatan demi pengkhianatan terbongkar, setiap ahli keluarga terpaksa memilih antara cinta, dendam, atau maruah.
Dalam perebutan kuasa dan permainan perasaan, takdir cinta terlarang ini bakal menentukan siapa yang bertahan dan siapa yang akhirnya hancur.












1 thought on “Drama Takdir Cinta Terlarang Di TV3 (Akasia)”