Jangan lupa saksikan drama terbaru Sumpah Ibuku yang akan mula ditayangkan pada 19 November 2025. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3.
Selain di tv, drama yang menggantikan Seoul Cinta ini juga anda boleh strim 24 jam lebih awal secara online di iQIYI. Boleh pergi ke laman web https://www.iq.com/ atau download aplikasi mobile.
Drama 20 episod ini merupakan arahan Riza Baharudin, nukilan skrip dariapda Sophilea dan diterbitkan oleh produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.
Episod : 20
Tayangan : Slot Akasia TV3
Striming : iQIYI
Tarikh : Mulai 19 November 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 PM
Skrip : Sophilea
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Jeda Derita
Penyanyi : Liza Hanim
Komposer : Tomok
Lirik : Fedtri Yahya
Pelakon & Watak
Antara pelakon utama yang membintangi drama ini ialah Izara Aishah, Remy Ishak, Zara Zya, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly dan Syad Mutalib.
Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Rahim Omar, Wilma Muhammad, Aleza Shadan, Ieda Moin, Ako Mustapha, Mia Nasir dan ramai lagi.
- Izara Aishah sebagai Husna
- Remy Ishak sebagai Hadith
- Zara Zya sebagai Syafikah
- Liza Abdullah sebagai Che Yam
- Syazwan Zulkifly sebagai Zaim
- Syad Mutalib sebagai Nurul Iman
- Rahim Omar sebagai Haji Zakaria

Sinopsis Drama Sumpah Ibuku
Drama Sumpah Ibuku mengisahkan tentang Husna, seorang ibu tunggal yang kuat semangat, yang kembali membina rumah tangga bersama cinta lamanya, Hadith.
Namun, perkahwinan itu tidak diterima ibu mentuanya, Che Yam, yang sanggup berganding dengan adik Hadith, Syafiqah, untuk menindas Husna melalui sihir dan fitnah.
Walaupun sering dizalimi, Husna tetap tabah menguruskan bapa mentuanya yang lumpuh dengan penuh rasa tanggungjawab.
Saat tuduhan palsu semakin menjadi-jadi, Hadith mula hilang kepercayaan dan mendorong Husna pergi.
Dengan dorongan sahabat serta Nurul Iman, Husna bangkit semula, sehingga akhirnya terbongkar segala niat jahat Che Yam dan Syafiqah.











