Saksikan drama terbaru berjudul Setiaku Berdiri yang akan mula ditayangkan mulai 15 Disember 2025. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima dan secara online di Sooka.
Drama yang bakal menggantikan Jika Cinta Itu Buta ini merupakan arahan pengarah hebat, Rashid Sibir. Ditulis oleh Muhammad Izzul Afiq beserta rakan dengan terbitan syarikat Radius One Sdn. Bhd.
Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara Astro Prima
Tarikh : Mulai 15 Disember 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 6.00 PM
Penulis Skrip : Muhammad Izzul Afiq n co.
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Toksik
Penyanyi : Khai Bahar & Yulia
Komposer : Farouk Roman
Lirik : Adrianna Cinta
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon utama dalam drama ini iaitu Wanna Ali, Nazrief Nazri, Sweet Qismina, Aidit Noh, Khatijah Tan dan Ali Reza.
Mereka dibantu oleh Syamim Freida, Kuza, Ezu Hashim, Rasya Dean, Ezaidi Aziz, Lydiawati, Azhar Amir dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Wanna Ali sebagai Zulaikha
- Nazrief Nazri sebagai Kamal
- Sweet Qismina sebagai Marissa
- Aidit Noh sebagai Farid
- Khatijah Tan sebagai Habsah
- Ali Reza sebagai Zarif
- Syamim Freida sebagai Mimi
- Kuza sebagai Mak Wok
- Ezu Hashim sebagai Mak Melah
- Rasya Dean sebagai Dina
- Ezaidi Aziz sebagai Hassan
- Lydiawati sebagai Mak Mon
- Azhar Amir sebagai Dato Harun

Sinopsis Drama Setiaku Berdiri
Drama Setiaku Berdiri mengisahkan tentang sebuah kisah melodrama kekeluargaan yang sarat dengan emosi, menelusuri kehidupan seorang wanita yang diuji dengan pergolakan perasaan antara kasih sayang, pengkhianatan dan pencarian kebenaran.
Zulaikha berusaha mengesan keluarga arwah suaminya bagi menjamin masa depan serta status kewarganegaraan anak lelakinya, Mikael.
Dalam perjalanan itu, takdir menemukan Zulaikha dalam situasi yang tidak disangka apabila dia menerima pekerjaan di kediaman bekas ibu mentuanya sendiri, sekali gus membuka lembaran konflik dan rahsia yang tersembunyi.












