Drama terbaru berjudul Seoul Cinta akan mula bersiaran pada 31 Oktober 2025, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3. Penonton boleh juga strim secara online di Tonton untuk 24 jam lebih awal.
Drama arahan 13 episod ini bersiaran selepas Takdir Cinta Terlarang tamat pada 30 Oktober yang lalu. Diarahkan oleh Nizam Zakaria, tulisan skrip daripada Raja Azidah Raja Jaafar dengan penerbitan Country & Universal Sdn. Bhd.
Episod : 13
Tayangan : Slot Akasia TV3
Tarikh : Mulai 31 Oktober 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 PM
Penulis Skrip : Raja Azidah Raja Jaafar
Pengarah : Nizam Zakaria
Penerbit : Country & Universal Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Masih Cinta
Penyanyi : Yuka/Idayu
Komposer : Senna
Lirik : Senna
Tajuk Lagu : Jodoh
Penyanyi : Han Byul
Komposer : Hazama, Omar K, Firdaus Rahmat
Lirik : Hazama, Omar K, Firdaus Rahmat
Senarai Pelakon
Drama Seoul Cinta menampilkan gandingan Siti Khadijah Halim, Fitrik Farok, Cahaya Nilam bersama Muaz Zabir sebagai watak utama sepanjang penceritaan.
Mereka dibantu oleh pelakon seperti Matc Syahmie, Haidar Hasanudin, Musyi Mohtar, Ryzliana Azizan, Anne Abdullah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Siti Khadijah Halim sebagai Azra/Kiki
- Fitri Farok sebagai Daniel Khalil
- Cahaya Nilam sebagai Raisha
- Muaz Zabir sebagai Lukman
- Marc Syahmie sebagai Adam
- Haidar Hasanudin sebagai Putra
- Musyi Mohtar sebagai May
- Ryzliana Azizan sebagai Sarah
- Anne Abdullah sebagai Aisyah
- Nadir Kesuma sebagia Fatimah
- Rahim Jailani sebagai Razak

Sinopsis Drama Seoul Cinta
Drama Seoul Cinta mengisahkan tentang pertemuan dua insan dari dunia yang berbeza, namun terikat oleh takdir yang tidak disangka.
Daniel Khalil ialah seorang usahawan muda berjaya yang kelihatan sempurna di mata semua orang, tetapi sebenarnya masih mencari makna cinta sejati. Dalam hidupnya muncul Azra, gadis sederhana yang bekerja di sebuah hotel kucing.
Namun, tanpa pengetahuan Daniel, Azra sebenarnya memiliki identiti rahsia sebagai Kiki, pempengaruh masakan popular yang diam-diam menjadi sumber inspirasi dan idola kepada Daniel sendiri.
Setiap minggu mereka berjumpa tanpa sedar siapa satu sama lain. Daniel hanya nampak Azra sebagai penjaga kucingnya, manakala Azra pula menyembunyikan kebenaran kerana takut dunianya tidak sepadan dengan dunia Daniel.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Daniel mula rapat dengan Raisha iaitu seorang selebriti glamor yang penuh gaya dan sikap.
Dalam masa yang sama, Azra pula berdepan tekanan apabila Lukman, lelaki yang lama memendam perasaan terhadapnya, meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.
Segalanya memuncak apabila satu perjalanan membawa mereka ke kota Seoul, di mana rahsia yang selama ini disembunyikan akhirnya terbongkar.
Di kota cinta itu, Daniel dan Azra diuji antara memilih ilusi kesempurnaan atau kejujuran hati yang sebenar.













1 thought on “Drama Seoul Cinta Di TV3”
Comments are closed.