Saksikan drama Selamat Pengantin Haru yang akan mula bersiaran pada 9 Julai 2025, setiap hari Isnin hingga Jumaar, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.
Drama 13 episod yang bakal menggantikan Pasca Kau Pergi ini merupakan sebuah sitkom bergaya ‘mockumentary’ yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah. Ianya diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.
Episod : 13
Tayangan : Slot Akasia di TV3
Tarikh : Mulai 19 Julai 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 PM
Penulis Skrip : Hafeezul Yob & Mufid Shuhaimi
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penerbit : Zeel Production Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagi : Cinta Yayaya
Penyanyi : Ameerais
Komposer : Arif Izo
Penggubal Lagu : Arif Izo
Pelakon
Janna Nick akan berganding sekali lagi bersama suaminya Dini Schatzmann sebaga teraju utama. Selain itu, terdapat juga nama-nama seperti Malia Baby, Dato’ Tamimi Siregar, Serina Redzuawan, El Rania, Natasha Azizan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Janna Nick sebagai Amelie
- Dini Schatzmann sebagai Bazle
- Malia Baby Sebagai Syafiqa
- Dato’ Ahmad Tamimi Siregar Sebagai Tok Mokh
- Serina Redzuawan Sebagai Salmah
- Natasha Azizan sebagai Anis
- El Rania sebagai Ali
- Aiman Badrul sebagai Afiz

Sinopsis Drama Selamat Pengantin Haru
Drama Selamat Pengantin Haru mengisahkan tentang Amelie iaitu seorang wanita moden dan berdikari yang berkahwin dengan Bazlee merupakan lelaki kampung yang sangat rapat dengan keluarganya.
Namun, impian untuk menjalani kehidupan bahagia sebagai pasangan suami isteri tidak semudah disangka. Amelie terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya baru yang jauh berbeza daripada latar kehidupannya.
Di sebalik kekecohan yang melanda, Amelie dan Bazlee berusaha mempertahankan hubungan mereka, mencari titik tengah antara cinta dan tanggungjawab keluarga.
1 thought on “Drama Selamat Pengantin Haru Di TV3”