Drama Seindah Hujan Cinta Di Tonton (Original)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Hujan Seindah Cinta

Drama Seindah Hujan Cinta merupakan karya terbaru yang akan disiarkan menerusi platform Tonton. Bakal menemui penonton mulai 21 Julai 2025 yang mana disiarkan setiap Isnin hingga Khamis secara berepisod.

Karya arahan pengarah hebat Nizam Zakaria ini bakal bersiaran sebanyak 28 episod. Ianya merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Seindah Hujan Cinta’ hasil karya Qash Shazwani.

Episod : 28
Tayangan : Tonton Original
Tarikh : Mulai 21 Julai 2025 (Isnin – Khamis)
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi Bahaudin
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Drama Hujan Seindah Cinta

OST Drama

Tajuk Lagu : Sampaikan Rindu
Penyanyi : Ippo Hafiz
Komposer : Ippo Hafiz
Penulis Skrip : Ippo Hafiz

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Normah Damanhuri, Shiela Mambo, Zulkifli Ismail, Fadilah Mansor, Amanda Misbun, Haidar Hasanudin, Amanda Tan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nelydia Senrose sebagai Zarita
  • Yusuf Bahrin sebagai Wassim
  • Ezzanie Jasny sebagai Aneesa
  • Hariz Hamdan sebagai Zamirul
  • Normah Damanhuri sebagai Mak Yon
  • Shiela Mambo sebagai Salmah
  • Zulkifli Ismail sebagai Tuan Malim
  • Fadilah Mansor sebagai Puan Zarina
  • Amanda Misbun sebagai Kak Lang
  • Haidar Hasanudin sebagai Putra
  • Amanda Tan sebagai Tini
Hujan Seindah Cinta

Sinopsis Drama Seindah Hujan Cinta

Drama Seindah Hujan Cinta mengisahkan tentang Zarita iaitu seorang influencer yang sudah 5 tahun berkahwin dengan Wassim. Namun kerana fokus pada kerjaya, dia belum bersedia untuk memiliki zuriat.

Berbeza pula dengan Wassim yang menginginkan seorang anak. Zarita dengan tegas menolak dan sebaliknya membenarkan Wassim untuk berkahwin lain.

Walaupun Wassim menolak, Zarita tetap berusaha mencari isteri kedua untuknya dan memilih adik angkat dan kawan baiknya sendiri, Aneesa. Pada mulanya, Aneesa dan Wassim sama-sama menolak, namun kerana desakan Zarita, Aneesa bersetuju menerima lamaran tersebut.

Masalah mula timbul apabila Zarita cemburu dengan kemesraan yang mula terjalin antara Aneesa dan Wassim serta bimbang sekiranya Aneesa hamil terlebih dahulu. Adakah perancangan Zarita ini memakan dirinya?

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “Drama Seindah Hujan Cinta Di Tonton (Original)”

Leave a Comment