Drama Seadanya Kita Di Viu

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Seadanya Kita

Jangan lupa saksikan drama terbaru Seadanya Kita yang akan mula disiarkan di platform Viu bermula 7 Ogos 2025. Anda boleh strim setiap episod baru pada hari Khamis dan Jumaat di web atau aplikasi mobile.

Drama 15 episod ini dihasilkan daripada idea Adila Ramly bersama Liza Nur yang juga sebagai penulis skrip. Diarahkan oleh pengarah hebat Feroz Kader dengan terbitan Global Station Sdn. Bhd.

Episod : 15
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 7 Ogos 2025 (Khamis & Jumaat)
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Seadanya Kita Viu

OST Drama

Tajuk Lagu : Berakhir Kita
Penyanyi : Syamel
Komposer : Shazriq Azeman & Omar K
Lirik : Shazriq Azeman & Omar K

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon utama untuk drama Seadanya Kita ini ialah Emma Maembong, Mierul Aiman dan Shahz Jaszle. Mereka dibantu oleh Nelissa Nizam, Ara Johari, Kael Noh, Anas Ridzuan, Yasmin Hani dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Emma Maembong sebagai Alani
  • Mierul Aiman sebagai Kerol
  • Shahz Jaszle sebagai Farouq
  • Kael Noh sebagai Iqi
  • Nelissa Nizam sebagai Neesa
  • Ara Johari sebagai Maria
  • Yasmin Hani sebagai Dato’ Sarah
Pelakon Drama Seadanya Kita

Sinopsis Drama Seadanya Kita

Drama Seadanya Kita mengisahkan tentang Alani telah habiskan beberapa tahun untuk bina semula hidupnya selepas dikhianati. Sebagai ibu tunggal, dia hanya fokus untuk besarkan anak lelaki kecilnya, Iqi, dan beri kasih sayang serta kehidupan yang stabil. Itu sesuatu yang dia sendiri tak pernah rasa masa dalam perkahwinan dulu.

Bila hidup mula rasa tenang, tiba-tiba muncul semula Farouq, bekas suami Alani. Dulu dia tinggalkan mereka, tapi sekarang dia nak kembali dan jadi sebahagian daripada hidup Iqi.

Dalam masa yang sama, muncul pula Kerol, seorang penyanyi rock muda yang pernah lalui zaman kanak-kanak yang sukar. Mereka berjumpa atas urusan kerja, tapi lama-lama Kerol mula rapat dengan Alani dan Iqi.

Tanpa Alani sedar, Kerol jadi semakin penting dalam hidup anaknya. Ini buatkan Alani keliru. Dia tak pasti sama ada patut beri peluang kedua kepada Farouq, atau terus lindungi Iqi daripada kecewa lagi. Pada masa yang sama, dia juga mula rasa sesuatu terhadap Kerol yang tak dijangka.

Kini, Alani perlu buat pilihan. Dia perlu berdepan semula dengan luka lama yang disangka dah sembuh, demi masa depan Iqi dan dirinya sendiri.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment