Drama Satu Dua Dia Di Viu

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Satu Dua Dia Viu

Saksikan drama terbaru Satu, Dua… Dia? yang akan mula menemui penonton pada 23 Oktober 2025. Setiap hari Khamis dan Jumaat, ditayangkan di platform penstriman Viu di www.viu.com dan aplikasi mobile.

Drama 15 episod ini merupakan arahan Datuk Yusry Abdul Halim, penulisan skrip daripada kerjasama Liza Nur dan Syarul Akmal serta diterbitkan oleh Global Film Station Sdn. Bhd.

Episod : 15
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 23 Oktober 2025 (Khamis – Jumaat)
Idea Asal : Liza Nur
Penulis Skrip : Liza Nur, Syarul Akmal
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Produksi : Global Film Station Sdn. Bhd.

Drama Satu Dua Dia Viu

OST Drama

Tajuk Lagu : Bujang
Penyanyi : ALPHA
Komposer : MFMF, Hael Husaini
Lirik : MFMF, Hael Husaini

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Erysha Emyra, Ariel Fesol, Zarif Ghazzi, Afiq Hamidon, Rizal Rasid, Femie Don dan Nasz Sally.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada pelakon seperti Arash Mohd, Atilia Haron, Rasya Dean, Malle Barlus dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Erysha Emyra sebagai Mia
  • Ariel Fesol sebagai Haikal/Isa
  • Zarif Ghazzi sebagai Jay
  • Afiq Hamidon sebagai Rayyan
  • Rizal Rasid sebagai Mal
  • Fimie Don sebagai Isaac
  • Nasz Sally sebagai Munirah
  • Arash Mohd sebagai Syed
  • Atilia Haron sebagai Rania
  • Rasya Dean sebagai Sarah
  • Malle Barlus sebagai Jaja
Drama Satu Dua Dia Viu

Sinopsis Drama Satu Dua Dia

Drama Satu Dua Dia mengisahkan tentang Mia, seorang pelajar kolej yang menjalani kehidupan berganda iaitu sebagai dirinya sendiri dan juga “Ma Belle,” blogger gosip sensasi yang dikenali di media sosial.

Apa yang mulanya sekadar hobi untuk mencari perhatian bertukar menjadi beban apabila satu entri mengenai Isa, vokalis utama kumpulan terkenal RIV4L, mencetuskan kontroversi besar hingga menjerumuskan dirinya dalam masalah undang-undang.

Bagi menebus kesilapan dan membersihkan nama Isa, Mia mengambil keputusan untuk menyusup masuk ke dalam dunia RIV4L. Namun semakin dia mengenali kehidupan sebenar kumpulan itu, semakin banyak rahsia gelap yang terbongkar.

Dalam hiruk-pikuk dunia glamor, gosip, dan tekanan sebagai pelajar, Mia turut berdepan dengan pergolakan perasaan yang semakin sukar dikawal terhadap Isa.

Apa yang Mia tidak sedar, Isa sendiri menyimpan rahsia yang mampu mengubah seluruh perjalanan hidup mereka berdua.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment