Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland Di TV3 (Samarinda)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

Saksikan drama Salju Rindu Di Bumi Auckland yang akan menemui penonton mulai 19 November 2025. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Drama adaptasi novel ‘Salju Rindu Di Kota Edinburgh’ karya Haitun Kamarazaman ini pada asalnya ditayangkan terlebih dahulu di platform Tonton pada tahun 2024 dan kini disiarkan semula menerusi tayangan di kaca tv.

Naskah tulisan skrip daripada Fara Alya Ashaari dan diarahkan oleh Riza Baharudin disiarkan bagi menggantikan drama Bintang Di Langit Syawal.

Episod : 28
Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 19 November 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Fara Alya Ashaari
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

OST Drama

Tajuk Lagu : Terlerai
Penyanyi : Suki Low
Komposer : Mas dewangga, Jova devito
Lirik : Mas dewangga, Jova devito

Pelakon & Watak

Salju Rindu Di Bumi Auckland menampilkan pelakon Riena Diana dan Keith Foo sebagai gandingan dan pelakon utama. Menampilkan juga Emelda Rosemila, Nabil Aqil dan Husna Mustaffa.

Mereka turut dibantu oleh nama-nama seperti Kodi Rasheed, Shamsul Ghau Ghau, Rosnah Johari dan Mas Anizan. Juga terdapat penampilan Louisa Chong, Azhar Amir, Zera Haris, Azwan Kombos dan ramai lagi.

  • Riena Diana sebagai Juraini (Muda) / Samantha
  • Keith Foo sebagai Nathan
  • Emelda Rosemila sebagai Juraini / Joanna
  • Nabil Aqil sebagai Imaan
  • Husna Mustaffa sebagai Suri
  • Kodi Rasheed sebagai Aziz
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib
  • Rosnah Johari sebagai Mak Yam
  • Mas Anizan sebagai Mak Su
  • Louisa Chong sebagai Anne
Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

Sinopsis Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland mengisahkan tentang Juraini, seorang gadis yang terpaksa menempuh kehidupan sukar akibat sikap tamak bapanya, Pak Talib, yang sentiasa mengejar wang hingga sanggup mengabaikan keluarga.

Demi memastikan keluarganya terus terjaga, Juraini terpaksa mengorbankan diri dan menahan pelbagai tekanan hidup yang memeritkan.

Kerana tidak sanggup lagi menanggung derita, Juraini akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri dan mencari kedamaian di tempat lain. Perjalanannya membawa dia ke Auckland, New Zealand, di mana dia bertemu Nathan, seorang lelaki bukan Islam yang baik hati dan memberi ruang untuknya membina hidup baharu. Namun, jauh di negeri orang, kenangan pahit dari kampung halaman masih menghantuinya.

Ketika berusaha memulakan hidup baru, Juraini berdepan pula dengan penghinaan dan pengkhianatan daripada Azman, pengurus tempat kerjanya. Insiden tersebut mengubah keseluruhan hidupnya, namun dalam kekalutan itu, hubungan antara Juraini dan Nathan semakin berkembang hingga akhirnya mereka memulakan hidup bersama di Auckland.

Juraini kemudian menukar identiti kepada Joanna dan membesarkan anak mereka, Samantha, sambil meneruskan detik-detik bahagia bersama Nathan. Walaupun kehidupannya kelihatan lengkap, jauh di sudut hati Joanna masih tersimpan kerinduan mendalam terhadap keluarga dan kampung halamannya yang lama ditinggalkan.

Setelah sekian lama, keluarganya di tanah air mengutus anak saudaranya, Iman, ke Auckland dengan harapan dapat membawa Joanna kembali dan menyatukan hubungan yang telah terputus sekian lama.

Di sinilah bermulanya pertentangan antara masa lalu dan masa kini dalam hidup Joanna, yang menimbulkan persoalan sama ada dia mampu kembali ke pangkuan keluarga dan memperbaiki hubungan yang terlerai itu.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment