Drama Safira (Bukan Nama Sebenar) akan menemui penonton mulai 7 November 2025. Bersiaran 2 kali seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, jam 8.00 malam eksklusif hanya di iQIYI.
Drama 12 episod ini merupakan arahan Ejump Mohd dan skrip serta jalan cerita telah digarap oleh Panel Skrip MIG Production sendiri yang juga merupakan produksi bagi naskah ini.
Episod : 12
Bersiaran : iQIYI Original di iQIYI
Tayangan : Mulai 7 November 2025 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Penulis Skrip : Panel Skrip MIG
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

OST Drama
Lagu : Tak Adil
PenyanyI : Aisha Retno
Komposer : Aisha Retno, Radi
Lirik : Aisha Retno
Barisan Pelakon
Safira (Bukan Nama Sebenar) menampilkan Datin Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dato’ Aaron Aziz, Malek Maccrone dan Haziq Dean sebagai watak utama.
Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Sazzy Falak, Natasha Sass, Emelda Rosmila, Shakley Wong dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Datin Elvina Mohamad – Nilam / Safira Abdullah
- Redza Rosli – Azam Bakri
- Dato’ Aaron Aziz – Dato’ Rahman
- Malek McCrone – Chester De Guerra
- Haziq Dean – Syahid
- Sazzy Falak – Datin Laila
- Natasha Sass – Julia
- Emelda Rosmila – Intan

Sinopsis Drama Safira Bukan Nama Sebenar
Drama Safira (Bukan Nama Sebenar) mengisahkan tentang perjalanan Nilam, seorang gadis biasa yang nekad menuntut keadilan selepas maruahnya dihina.
Dalam usahanya membalas dendam, dia melangkah ke dunia elit yang penuh kemewahan namun sarat dengan cinta, kuasa, dan pengkhianatan.
Pertemuannya dengan Azam, lelaki yang disangkanya kaya tetapi sebenarnya hanya pemandu kepada Syahid iaitu anak seorang Dato’ ternama. Ini telah menjadi titik mula kisah hidup yang tidak pernah dijangkanya.
Namun segalanya berubah apabila Nilam dihina Syahid di sebuah kelab mewah, membuatkan dia berazam untuk bangkit dan menuntut maruahnya semula.
Kehadiran Datin Laila, wanita anggun yang menyimpan banyak rahsia, menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Di bawah bimbingan Datin Laila, Nilam lahir semula sebagai Safira iaitu wanita berkarisma, berani, dan berkelas.
Namun, dunia elit yang disangkanya indah rupa-rupanya penuh dengan permainan perasaan dan bahaya tersembunyi.
Safira akhirnya terperangkap dalam cinta bersegi, termasuk dengan lelaki berbahaya seperti Chester De Guerra, serta terjebak dalam dilema apabila hatinya terpaut kepada Dato Rahman, suami kepada mentornya sendiri.
Dalam kekacauan itu, Azam tetap setia di sisinya, menjadi satu-satunya lelaki yang benar-benar tulus.
Antara cinta, dendam dan kuasa, Safira harus membuat pilihan. Adakah dunia mewah yang dikejarnya selama ini benar-benar impian, atau sekadar ilusi yang menjerat jiwa?












