Saksikan drama terbaru Saat Aku Tahu yang akan mula ditayangkan pada 6 November 2025, setiap hari Khamis dan Jumaat secara eksklusif menerusi platform penstriman Viu.
BACA JUGA : Saksikan Drama Satu Dua… Dia? Hanya Di Viu
Drama 15 episod ini merupakan arahan Riza Baharudin, nukilan skrip dariapda Liza Nur dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.
Episod : 15
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 6 November 2025 (Khamis & Jumaat)
Idea Asal : Adila Ramly & Liza Nur
Skrip : Liza Nur
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Global Film Station Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Kemaafan Dendam Yang Terindah
Artis : Ara Johari
Komposer : Amy Bong
Lirik : Roslan Affin & Habsah Hassan
Barisan Pelakon
Drama Saat Aku Tahu (The Moment I Know) menampilkan gandingan 3 pelakon hebat iaitu Anna Jobling, Ummi Nazeera dan Hisyam Hamid.
Mereka dibantu oleh nama-nama seperti Luqman Hafidz, Quinneyra Alyssha, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Haeriyanto Hassan, Nik Rifaie dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Anna Jobling sebagai Ameena
- Ummi Nazeera sebagai Maira
- Hisyam Hamid sebagai Zarif
- Luqman Hafidz sebagai Harris
- Quinneyra Alyssha sebagai Airis
- Dato’ Sri Eizlan Yusof sebagai Zaidi
- Haeriyanto Hassan sebagai Isyam
- Nik Rifaie sebagai Chaen

Sinopsis Drama Saat Aku Tahu
Drama Saat Aku Tahu mengisahkan tentang Ameena, seorang isteri yang setia dan penuh kasih, yang hidup dengan impian untuk membina rumah tangga bahagia bersama suaminya, Zarif.
Pada awalnya, kehidupan perkahwinan mereka tampak tenang dan sempurna, seolah-olah tiada apa yang mampu menggugat kebahagiaan yang dibina.
Namun segalanya berubah apabila Ameena secara tidak sengaja menemui sebuah rahsia besar yang tersembunyi di sebalik senyuman suaminya.
Penemuan itu menggegarkan seluruh dunianya dan memusnahkan kepercayaan yang selama ini dipegang.
Daripada seorang wanita yang sabar dan penuh cinta, Ameena bertukar menjadi seseorang yang dikuasai oleh rasa kecewa dan dendam. Dia bertekad untuk membalas luka yang ditinggalkan.
Tetapi tanpa disedari, langkah yang diambilnya untuk menuntut keadilan itu turut membawa dirinya ke arah kehancuran. Bukan sahaja memusnahkan orang yang bersalah, tetapi juga dirinya sendiri serta insan-insan yang masih dia cintai












