Saksikan drama terbaru Rumah Tanpa Luka yang akan mula bersiaran pada 1 September 2025, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104.
Bagi pengguna Astro, anda boleh strim draam 40 episod ini menerusi Astro Go. Manakala orang ramai lain, boleh saksikan di aplikasi Sooka dengan yuran langganan serendah RM11.60 sebulan.
Drama bakal menggantikan Mandul Bukan Pilihan ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Ezza Mysara. Diarahkan oleh Nur Ain Sharif dengan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Episod : 40
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 1 September 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Nur Ain Sharif & Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Arah Cinta Sejati
Penyanyi : Aina Abdul & Fadhilah Intan
Penulis Lirik : Hendro Djasmoro
Komposer : Andre Lizt, Bersena Bestandhi & Hendro Djasmoro
Barisan Pelakon
Erysha Emyra, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar antara pelakon utama bagi drama ini. Mereka dibantu oleh Naura Arissa, Zaefrul Nordin, Hajjar, Kismah Johar, Yuna Rahim, Hafreez Adam, Zeila Jalil, Aziz M. Osman, Raja Azmi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Erysha Emyra sebagai Nik Kalson
- Shukri Yahaya sebagai Ahmad Qiuzi (Qiu)
- Nadhir Nasar sebagai Hayden Hayyan
- Naura Arissa sebagai Rose Ameena
- Hanan Adraa sebagai Dewi
- Zaefrul Nordin sebagai En Ibrahim
- Hajjar sebagai Dahlia
- Kismah Johar sebagai Nek Rogayah
- Yuna Rahim sebagai Naira
- Hafreez Adam sebagai Amril
- Zeila Jalil sebagai Datin Normala
- Aziz M. Osman sebagai Pak Yasir
- Raja Azmi sebagai Hajah Kamilah

Sinopsis Drama Rumah Tanpa Luka
Drama Rumah Tanpa Luka bermula dengan kisah Nik Kalsum yang tekad mempertahankan Rose Ameena. Disebabkan tindakannya itu, dia dibuang keluarga.
Dalam kehidupannya yang penuh warna kelabu, Nik yang garang dipertemukan dengan Ahmad Qiuzi, yang tenang.
Lelaki itu tak ubah seperti sebungkus ubat yang menyembuhkan. Tapi sayang kerana kehadirannya tak cukup untuk jadi penawar luka di hati Nik.
Kehadiran tetamu dari masa lalu merumitkan isi cerita. Tempoh tujuh tahun terlalu lama untuk mengutip sebuah kemaafan.
Rumah itu tak selamanya tentang dinding atau atap. Adakalanya rumah itu tentang hidung, mata, telinga, mulut yang membuatkan kita ingin pulang. Mampukah Nik memiliki sebuah rumah untuk dia pulang tanpa ditemani derita?












1 thought on “Drama Rumah Tanpa Luka Di Astro Ria (Megadrama)”